Harian Metro

200 golongan tak berkemampu­an dirai

-

Johor Bahru: Seramai 200 pelajar sekolah tahfiz, anak yatim dan masyarakat pelarian Rohingya diraikan dalam program Fast2Feed Ramadan anjuran Yayasan Kemanusiaa­n

di lokasi ke-17, di sini, kelmarin.

Program yang mendapat sokongan berterusan dari Coca-Cola Malaysia itu menjengah ke selatan tanah air selepas 16 lokasi penganjura­nnya sebelum ini dilakukan di Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.

Program yang dianjurkan di Restoran Marrybrown di Perling Mall, di sini, meraikan pelajar Tahfiz Al-Faizin, Rumah Anak Yatim Shafar

dan pelarian dari

Mereka dijemput berbuka puasa dengan hidangan ayam lazat serta minuman menyegarka­n.

Menurut Pengarah

Wan Rusli Wan Muda, program itu adalah acara tahunan yang dianjurkan sejak 2008 iaitu sejak yayasan itu ditubuhkan.

Katanya, tujuan utama program itu diadakan adalah bagi meraikan golongan tidak berkemampu­an di bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, Coca-Cola Malaysia mula menaja program yayasan berkenaan sejak tahun 2010 dengan memberikan pelbagai minuman keluaran syarikat mereka bagi menjayakan program amal di seluruh negara.

“Tahun ini, penaja utama kita ini mahu menganjurk­an program Fast2Feed ini secara besar-besaran dan kami sudah menjelajah ke 16 lokasi sebelum ini. Minggu hadapan, kami akan ke utara di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

“Selain meraikan anak-anak yatim atau kanak-kanak memerlukan ini melalui program berbuka puasa, kami turut mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti peraduan mewarna,” katanya pada program itu.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi dan Perhubunga­n Awam Coca-Cola Malaysia, Kadri Taib.

 ??  ?? WAN Rusli (berdiri kiri) bersama anak yatim, pelajar tahfiz dan pelarian Rohingya.
WAN Rusli (berdiri kiri) bersama anak yatim, pelajar tahfiz dan pelarian Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia