Harian Metro

500 bungkusan bubur lambuk diagih

-

Iskandar Puteri: Kelab Rukun Tetangga (KRT) Desa Paya Mengkuang Gelang Patah, di sini, menyediaka­n 500 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk sekitar taman itu.

Pengerusi KRT, Abdullah Saidi Rahmad berkata, program itu adalah kali keempat diadakan pada Ramadan tahun ini bertujuan mengagihka­n bubur lambuk kepada 3,000 penduduk.

“Hari ini (semalam), kami memasak 20 kilogram bubur lambuk menggunaka­n dua periuk besar dan aktiviti gotong-royong ini dilakukan 15 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) KRT bermula seawal jam 12 tengah hari.

“Bubur ini dimasak menggunaka­n resipi istimewa dan diedarkan bermula jam 5 petang kepada penduduk kampung yang melalui jalan utama pondok KRT termasuk yang baru pulang bekerja,” katanya selepas program gotong-ro- yong bubur lambuk di pondok KRT Desa Paya Mengkuang di sini, kelmarin.

Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor (JPNIN), Dayangku Kamalia Awangku Sulhi.

Selain aktiviti membuat bubur lambuk, KRT Desa Paya Mengkuang aktif melakukan aktiviti membabitka­n penduduk kampung dan pelbagai jabatan serta agensi luar.

“KRT ini antara yang paling bergiat aktif di Gelang Patah dan kami sentiasa memikirkan aktiviti yang mahu dilakukan untuk memeriahka­n serta menghidupk­an KRT ini.

“Bagaimanap­un, kami menghadapi sedikit kekangan kewangan, jadi kami mengumpul dana sendiri bagi menggerakk­an aktiviti yang hendak dilakukan,” katanya.

 ??  ?? DAYANGKU Kamalia (tengah) mengacau bubur lambuk bersama AJK KRT Desa Paya Mengkuang.
DAYANGKU Kamalia (tengah) mengacau bubur lambuk bersama AJK KRT Desa Paya Mengkuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia