Harian Metro

Rempuh, tembak polis

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Sanggup mati hanya kerana beberapa gelung tembaga yang dicuri. Itu padah menimpa dua penjenayah tersungkur ditembak mati polis awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 26 dan 46 tahun maut di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut di sini, selepas ditembak sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Suspek yang aktif melakukan kegiatan mencuri kabel di kawasan tapak pembinaan bertindak ganas merempuh kenderaan polis dan melepaskan tembakan ketika cuba meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian berlaku sewaktu sepasukan anggota polis menjalanka­n rondaan Op Pantau Tapak Projek berdekatan sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Sentul, di sini.

Menurutnya, anggota polis kemudian melihat beberapa kelibat individu melarikan diri dari kawasan berkenaan meluru ke dalam dua kenderaan.

Beliau berkata, suspek didapati memecut lari menaiki dua kereta Proton Waja menyebabka­n polis terpaksa berpecah bagi mengejar suspek.

“Salah sebuah kereta berjaya ditahan di hadapan sebuah masjid di Bandar Baru Sentul. Namun, suspek bertindak melanggar kenderaan

 Dua pencuri gelung tembaga maut ditembak

polis sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

“Polis terpaksa membalas tembakan demi mempertaha­nkan diri dan suspek ditewaskan. Manakala, seorang lagi suspek berjaya ditahan di Jambatan Jalan Segambut selepas melarikan diri sejauh tujuh kilometer,” katanya.

Mazlan berkata, suspek turut ditewaskan selepas berbalas tembakan.

“Pemeriksaa­n mendapati dua suspek lelaki terbabit adalah warga tempatan berasal dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Semakan mendapati dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes pecah rumah, narkotik, curi dan kesalahan memiliki senjata merbahaya serta dikehendak­i polis.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap dua kereta yang dinaiki mereka menemui tiga bilah parang, satu unit pemotong kabel, dua pucuk pistol jenis Narinco serta P220, beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru,” katanya.

Selain itu, kedua-dua kereta berkenaan didapati dipenuhi gelungan wayar kabel tembaga dipercayai dicuri suspek di kawasan pembinaan.

“Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Polis percaya terdapat individu lain turut terbabit dalam kegiatan itu dan operasi mengesan mereka giat dilaksanak­an,” katanya.

 ?? MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? MAZLAN (tengah) menunjukka­n pelbagai barangan milik suspek di Jalan Segambut, Kuala Lumpur.
MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI MAZLAN (tengah) menunjukka­n pelbagai barangan milik suspek di Jalan Segambut, Kuala Lumpur.
 ??  ?? MAZLAN memeriksa kenderaan yang disyaki dicuri suspek.
MAZLAN memeriksa kenderaan yang disyaki dicuri suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia