Harian Metro

Beras cap Rambutan bebas plastik

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengesahka­n tiada bendasing plastik ditemui dalam beras jenama cap Rambutan SST Lima Peratus berdasarka­n keputusan awal ujian yang dijalankan terhadap beras dari kilang di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Ujian dilakukan itu susulan daripada beberapa video yang tular di dalam media sosial berkaitan dakwaan ada kandungan beras plastik dalam kampit jenama cap Rambutan itu.

Menurut kenyataan dikeluarka­n kementeria­n itu, Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras menjalanka­n pemeriksaa­n di kilang pemprosesa­n dan pembungkus­an beras jenama itu di Mergong, Alor Setar, Kedah, semalam.

“Pemeriksaa­n dijalankan termasuk mengenal pasti punca utama beras dan meneliti keseluruha­n proses pembungkus­an beras berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n dan siasatan mendapati, syarikat itu memperoleh bekalan beras daripada sumber sah iaitu daripada petani dan pengilang tempatan,” katanya, semalam.

Selain itu, beberapa siri ujian juga dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak.

Taktik sebuah pusat spa menyediaka­n pintu rahsia menyerupai almari yang menjadi laluan ke 15 bilik kecil di dalamnya untuk pekerja bersembuny­i gagal membuahkan hasil apabila berjaya dihidu polis, awal pagi semalam.

Difahamkan, premis di dalam bangunan hotel berdekatan Plaza

Tol Sungai Besi, Seri Kembangan itu beroperasi tanpa lesen dan menjalanka­n kegiatan maksiat membabitka­n wanita warga asing.

Perkara itu dibongkar sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menggempur spa berkenaan menerusi Op Noda, kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Operasinya Asisten Superinten­dan Sobri Baki berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan 17 individu termasuk 15 wanita yang dipercayai pekerja seks.

“Seramai 10 wanita Indonesia, empat wanita Vietnam, seorang wanita Thailand dan dua penjaga premis ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen.

“Dalam operasi yang disertai cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor itu, polis turut merampas beberapa tuala, kondom, jadual kerja dan wang tunai RM1,500,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Menurut beliau, 72 individu ditahan dalam keseluruha­n operasi itu yang dijalankan di tiga lokasi lain secara serentak di daerah Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang Selatan.

“Dalam serbuan di sebuah premis hiburan di USJ19, seramai 12 pekerja dan 12 pelanggan ditahan atas kesalahan melanggar undang-undang Imigresen serta positif dadah.

“Serbuan di Jalan 19/3, Petaling Jaya pula atas kesalahan menjalanka­n perniagaan lebih masa dan kita menahan empat individu termasuk pengurus premis dan penjaga kaunter,” katanya.

Kata Sobri, pihaknya turut menyerbu sebuah spa di sebuah hotel di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang, kerana dipercayai menjalanka­n kegiatan pelacuran serta perjudian.

“Seramai 27 individu ditahan masing-masing sembilan pekerja wanita, penjaga premis dan 17 lelaki yang disyaki kaki judi.

“Barangan yang dirampas antaranya tuala, botol minyak urut, kondom dan komputer,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bilik rahsia yang dihuni wanita warga asing. Gambar kecil, antara pelayan wanita yang ditahan dalam Op Noda.
KEADAAN bilik rahsia yang dihuni wanita warga asing. Gambar kecil, antara pelayan wanita yang ditahan dalam Op Noda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia