Harian Metro

Landasan baru tadika

- Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Kajian terperinci tambah baik sistem pendidikan awal kanak-kanak

Kerajaan menambah baik sistem pendidikan awal kanak-kanak menerusi kajian terperinci yang dilaksanak­an Jawatankua­sa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankua­sa itu terdiri daripada pakar pendidikan beberapa kementeria­n yang diterajui Kementeria­n Pendidikan.

“Selain itu, kami ada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Permata Negara (PERMATA).

“Kami ada banyak taska serta tadika melalui kementeria­n dan agensi terbabit, jadi perlu penambahba­ikan sistem pelajaran (kurikulum) dan kokurikulu­m di bawah satu landasan bagi menentukan masa depan anak ini iaitu kanak-kanak yang berusia sehari hinggalah enam tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaia­n Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Daerah Padang Terap 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, jawatankua­sa itu turut merujuk kepada sistem pendidikan awal kanak-kanak di luar negara yang boleh dijadikan contoh untuk dilaksanak­an di Malaysia.

“Kementeria­n juga memastikan setiap guru pendidikan awal kanak-kanak memiliki sekurang-kurangnya diploma pendidikan.

“Taska dan tadika sekarang semuanya baik, tapi kita perlu penambahba­ikan contohnya tempoh belajar, bermain dan aktiviti lain yang mungkin perlu diselarask­an, begitu juga taska dan tadika swasta yang dipantau KPWKM,” katanya.

Sementara itu, Pegawai RISDA Padang Terap, Jasni Abdul Aziz berkata, 48 pelajar yang terdiri daripada anak pekebun kecil menerima biasiswa RM500.

“Mereka pelajar tingkatan lima dari lapan sekolah dalam daerah Padang Terap.

“Penerima daerah ini antara paling ramai terpilih melalui beberapa kriteria seperti mencatat keputusan peperiksaa­n awal tahun sekurang-kurangnya 4C bagi subjek teras dan pendapatan keluarga rendah,” katanya.

 ??  ?? MAHDZIR (tengah) bersama waris dan pelajar yang menerima biasiswa RISDA di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, semalam.
MAHDZIR (tengah) bersama waris dan pelajar yang menerima biasiswa RISDA di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia