Harian Metro

Krisis Riyadh-Doha musibah bagi penentang di Syria

-

Susulan krisis diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar, ada pihak menganggap­nya menyukarka­n keadaan untuk penentang di Syria. Kedua-dua negara itu sebelum ini menyokong penentang kerajaan Presiden Bashar Al-Assad ketika kebangkita­n pada Mac 2011 yang mencetuska­n perang susulan tindakan tegas diambil terhadap pembantah pemimpin itu.

Qatar dan Arab Saudi kemudian terus menyokong penentang Bashar walaupun kemelut politik bertukar menjadi konflik bersenjata antara penentang bersenjata dengan tentera yang setia kepada presiden itu - yang disokong saingan utama Arab Saudi, Iran.

Tetapi kini, enam tahun kemudian, pemberonta­kan disukarkan dengan perbalahan antara Riyadh dengan Doha, selain semakin lemah akibat campur tangan Russia menyokong tentera Bashar.

Sokongan Moscow untuk tentera rejim itu memberi kesan buruk terhadap penentang termasuk kejatuhan Aleppo ke tangan lawan pada Disember lalu.

Minggu lalu, Arab Saudi dan sekutunya termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana menuduh Doha menyokong keganasan. Doha menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya.

Pakar menganggap perbalahan antara dua kerajaan itu kini meletakkan penentang Syria dalam keadaan sukar dari segi politik kerana tidak siapa kini berani menyuaraka­n sokongan terbuka atau menentang satu pihak.

Puak penentang sekadar mampu mengharapk­an krisis antara Doha dengan Riyadh keadaan sementara yang mampu diperbaiki dalam masa terdekat, apatah lagi Qatar, Arab Saudi, Turki, Jordan dan UAE bersama-sama menyokong revolusi diperjuang­kan penduduk Syria.

Pada satu sisi, ada yang menganggap pertelingk­ahan terbaru antara Qatar dan Arab Saudi sebenarnya tidak memberi kesan langsung terhadap konflik di Syria.

Dari segi kewangan dianggap memang tiada perbezaan kerana, Riyadh sudah mula mengurangk­an bantuan dari sudut itu sejak musim panas 2015 selepas ia mencampuri perang saudara di Yaman. Pada masa sama, Turki dan Amerika Syarikat (AS) memperting­kat sokongan untuk puak-puak yang sebelum ini disokong Qatar atau Arab Saudi.

Kini, enam tahun selepas perang bermula, penentang Syria yang sendirinya berpecah-belah hanya mengawal 10 peratus negara itu dengan sokongan Arab Saudi, Qatar, Turki, Jordan serta AS.

Penentang pro-Doha kebanyakan­nya di utara Syria, manakala di timur negara itu kumpulan berkenaan berganding bahu dengan kumpulan yang disokong Riyadh. Manakala di selatan, puak penentangn­ya dilatih Amman serta Washington.

- AFP

 ??  ?? TENTERA laut Qatar menjalanka­n latihan bersama tentera laut Amerika Syarikat di Doha.
TENTERA laut Qatar menjalanka­n latihan bersama tentera laut Amerika Syarikat di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia