Harian Metro

PENDERMA WAKAF TANAH

 Madrasah ad-Diniah tempat dalami ilmu agama terima banyak sumbangan masyarakat

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kewujudan Madrasah ad-Diniah di Sungai Resik, Muar, Johor tepat pada masanya ketika masyarakat sekitar mencari tempat untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam.

Timbalan Pengerusi Madrasah ad-Diniah Haji Mohd Sulbidin Paimin, 64, berkata, biarpun serba kekurangan pada awalnya namun usaha murni Ustaz Mohamad Hanapiah Mohd Hambali, 40, membina pondok mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat setempat.

Katanya, bukan saja ada penderma mewakafkan tanah, malah banyak sumbangan diberikan dalam bentuk bahan binaan selain wang ringgit selain tenaga kerja dalam membantu menyiapkan infrastruk­tur di situ.

“Madrasah ad-Diniah yang juga dikenali sebagai Pondok Sungai Resik ini begitu dekat dengan masyarakat apabila setiap aktivitiny­a bukan saja dihadiri ramai orang, malah ada saja yang menghulurk­an sumbangan untuk membantu.

“Lebih bermakna lagi, pondok ini turut menyediaka­n pengajian kitab turath kepada orang dewasa setiap Sabtu selepas Maghrib selain kelas al-Quran,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap orang ramai dapat terus membantu pembanguna­n pondok itu dalam apa saja bentuk yang termampu.

Katanya, pondok itu juga istimewa kerana bersikap terbuka menerima pelajar tercicir atau bermasalah akademik dan disiplin.

“Kalau tiada orang yang ambil tanggungja­wab ini, siapa lagi yang hendak diharapkan. Jadi sama-samalah kita bantu dari segi moral dan kewangan,” katanya.

Sementara itu, guru taranum Madrasah ad-Diniah, Hajah Siti Aishah Abdul Kadir, 64, berkata sejak kelas al-Quran diadakan di situ, ramai kaum wanita menyertain­ya untuk memperelok­kan bacaan al-Quran terutama dari segi tajwid dan lagu.

“Walaupun lokasinya agak jauh daripada jalan besar namun ramai yang datang ke pondok ini untuk belajar termasuk kaum ibu dan ia bukan tempat untuk remaja belajar agama saja.

“Malah, ustaz di sini turut berpengala­man mengajar di tempat lain selain mengekalka­n pengajian kitab turath secara tradisiona­l,” katanya.

Menurutnya, masyarakat perlu menyokong pembanguna­n pondok untuk terus maju dan memberi ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat di situ tanpa mengira usia serta latar belakang.

 ??  ?? MADRASAH ad-Diniah membuka pengajian untuk kelas remaja dan dewasa.
MADRASAH ad-Diniah membuka pengajian untuk kelas remaja dan dewasa.
 ??  ?? SOKONGAN masyarakat membawa kejayaan Madrasah ad-Diniah.
SOKONGAN masyarakat membawa kejayaan Madrasah ad-Diniah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia