Harian Metro

Remaja minat dalami ilmu agama

-

Minat untuk belajar agama secara mendalam antara faktor Muhamad Khairul Iman Shamsuddin, 15, belajar di Madrasah ad-Diniah atau Pondok Sungai Resik sejak dua tahun lalu.

Muhamad Khairul Iman berkata, sebelum ini, dia belajar di Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah, Batu Pahat dan dari situ juga keluargany­a mengenali Mudir Madrasah ad-Diniah iaitu Ustaz Mohamad Hanapiah Mohd Hambali, 40.

“Apabila Ustaz mengetahui minat saya belajar agama, dia mengajak untuk masuk ke pondok ini mendalami pengajian kitab turath bersamanya.

“Tiada cabaran besar tinggal di pondok ini kerana kami saling bekerjasam­a dan bergilir memasak dalam kelompok kecil,” katanya.

Menurutnya, dia juga beruntung kerana pondok itu turut menyediaka­n kelas kemahiran vokasional sebagai persediaan untuk pelajar berdikari membina kerjaya sendiri apabila tamat belajar nanti.

“Buat masa sekarang, saya ingin menumpukan perhatian untuk belajar di pondok sebelum menyambung pengajian dalam bidang kemahiran ke tempat lain.

“Seperti di sekolah harian, pelajar di sini juga bebas beriadah pada waktu petang seperti bermain sepak takraw, badminton atau menyertai sukan sunnah seperti memanah,” katanya.

Katanya, tidak seperti pondok lain yang agak ketat disiplin pengajiann­ya, Madrasah ad-Diniah banyak mengadakan aktiviti santai di luar kawasan seperti konvoi motosikal, menjala ikan, berkelah dan lawatan sambil belajar.

Menurutnya, pengajian pondok yang dulunya suram kini berkembang semula dan tenaga pengajarny­a juga semakin kreatif mencipta kelainan untuk menarik minat pelajar.

 ??  ?? MEMANAH antara aktiviti pelajar pondok pada waktu petang.
MEMANAH antara aktiviti pelajar pondok pada waktu petang.
 ??  ?? PELAJAR beriadah pada waktu petang untuk kesihatan tubuh badan.
PELAJAR beriadah pada waktu petang untuk kesihatan tubuh badan.
 ??  ?? MUHAMAD Khairul Iman
MUHAMAD Khairul Iman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia