Harian Metro

Peluang gandakan amalan

 Keistimewa­an Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan

- Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Istimewa berada pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan adalah Allah SWT menyediaka­n ganjaran yang cukup besar untuk hamba-Nya iaitu Lailatul Qadar.

Ganjaran itu tidak dikurniaka­n kepada umat terdahulu, sebaliknya hanya untuk umat Nabi Muhammad SAW.

Satu malam beribadat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keikhlasan, ganjaran diterima ialah lebih baik daripada beribadat selama seribu bulan.

Itu keistimewa­an Lailatul Qadar dinyatakan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirka­n berlakunya­pada tahun yang berikutnya). Sejahteral­ah malam

(yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 3-5)

Apabila Rasulullah SAW turut menggesa kita mencari Lailatul Qadar menerusi hadis Baginda SAW: “Sesiapa daripada kalian mencari Lailatul Qadar, hendaknya dia mencarinya pada sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dalil al-Quran dan hadis itu menjadi petunjuk jelas keistimewa­an malam itu untuk dimanfaatk­an sepenuhnya setiap Muslim supaya dapat menambah amalan kebaikan.

Tempoh usia yang dianugerah­kan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW tidaklah lama iaitu sekitar 60 tahun sahaja atau lebih sedikit.

Maka, dengan rahmat dan kasih sayang

Allah SWT kita dianugerah­kan Lailatul Qadar yang amat istimewa ini.

Amat baik jika kita mengetahui hikmah atau pengajaran daripada tawaran ganjaran istimewa itu.

Kita tidak mahu sekadar mengetahui kewujudan Lailatul Qadar tanpa menginsafi hikmah di sebaliknya.

Antara hikmah di sebalik Lailatul Qadar ialah:

Kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya

Lailatul Qadar menjadi bukti jelas Allah SWT amat mengasihi hamba-Nya. Sebab itulah Allah SWT mendatangk­an malam itu khusus untuk hamba-Nya meraih ganjaran yang besar daripada-Nya.

Allah SWT tidak sama sekali dengan makhluk-Nya. Tiada satu makhluk pun di dunia memiliki sifat kasih sayang melebihi kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Dalam keadaan tidak ada manusia di atas muka bumi ini yang suci daripada sebarang kesalahan dan dosa, Allah SWT masih membuka pintu keampunan-Nya terhadap sesiapa sahaja daripada kalangan hamba yang ingin kembali kepada-Nya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjaka­n amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 133)

Rasulullah SAW turut mengingatk­an kita mengenai Lailatul Qadar menerusi hadis Baginda: “Sesiapa yang menghidupk­an Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, diampuni nescaya dosanya akan yang lalu.” (Muttafaq ‘alaih) Peluang menggandak­an malan

Hikmah lain di sebalik kurniaan Lailatul Qadar ialah ruang terbaik untuk umat Islam menggandak­an amal ibadah kepada Allah SWT.

Lihatlah suasana sekarang, insan yang memahami hakikat Lailatul Qadar istiqamah memperbaik­i amalan wajib serta menggandak­an“amalan sunat pada sepuluh malam terakhir ini. Ada yang sanggup mengambil cuti bekerja untuk lebih fokus beribadat dan beriktikaf di dalam masjid. Mereka ini adalah golongan yang bersungguh-sungguh mengejar fadilat Lailatul

Qadar.

Justeru, setiap Muslim perlu mencontohi orang yang pada ketika ini menggandak­an amal ibadat kerana Allah SWT.

Beribadatl­ah mengikut kemampuan masing-masingtida­k terakhir membiarkan­Ramadan asalkan berlalu hari-hari begitu dengan sebenar Sebab sahaja amalan Lailatulit­ulah tanpa malamyang Qadar diisi baik. supaya dirahsiaka­n setiap Allah Muslim SWT terus beribadatL­ailatul Qadar.bagi menemui Rasulullah SAW sendiri menunjukka­n contoh terbaik apabila Baginda turut meggandaka­n amalan pada 10 hari terakhir Ramadan. Diriwayatk­an bahawa: Nabi SAW biasanya melakukan iktikaf pada bulan Ramadan selama 10 hari. Namun, pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama dua puluh hari.” (Riwayat al-Bukhari)

Mendekatka­n diri dengan al-Quran

Lailatul Qadar tidak dapat dipisahkan dengan al-Quran. Malam yang lebih baik beribadah padanya daripada seribu bulan ini sangat berkait dengan kitab suci al-Quran.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia…” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

“Sesungguhn­ya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang diberkati.” (Surah ad-Dukhan, ayat 3).

Semua itu menjadi bukti kehadiran Lailatul Qadar turut mengingatk­an kita perlunya untuk terus mendekatka­n diri dengan al-Quran. Al-Quran perlu dibaca ayatnya, difahami maksudnya dan dilaksanak­an tuntutan

Ilahi yang terkandung di dalamnya.

Al-Quran perlu dihidupkan dalam rumah setiap orang Islam agar setiap hati penghuniny­a sentiasa diterangi dengan cahaya petunjuk dan keampunan daripada-Nya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia