Harian Metro

Hukum mandi junub selepas fajar

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum mandi junub selepas terbit fajar dalam bulan Ramadan?

Kami bahagikan di sini pandangan ulama berkenaan hukum mandi dan status puasa bagi orang yang berjunub sehingga terbit fajar.

Hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan Ramadan disebabkan persetubuh­an pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ia tidak membatalka­n puasa.

Tidak ada halangan untuk orang yang berjunub untuk melewatkan mandi junub sehingga terbitnya fajar. Ini berdasarka­n dalil hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, “Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.”

Riwayat al-Bukhari (1927) dan Muslim (1106)

Hadis Abdurrahma­n bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan dengan mandi junub selepas waktu fajar, maka

Aisyah dan Ummu Salamah berkata: “Adalah Nabi SAW dalam keadaan berjunub disebabkan selain dari mimpi, kemudian baginda meneruskan puasanya.”

Riwayat al-Bukhari

(1825) dan

Muslim (1109)

Mantan Syeikhul Azhar, almarhum Syeikh Dr Abdul Halim

Mahmud menyebut dalam kitab Fatwa Abdul Halim Mahmud: “Sesungguhn­ya mandi junub pada siang hari Ramadan adalah harus dan tidak ada halangan padanya, tetapi boleh menjadi wajib jika sekiranya ia membawa kepada melewatkan solat Subuh dan luputnya waktu solat.”

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut: “Sesiapa yang berjunub pada malam hari, kemudian dia berpuasa, maka puasanya sah, dan tidak ada qada puasa ke atasnya.

Inilah pendapat yang jumhur. Ini berdasarka­n hadis Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan.

Imam al-Syaukani berkata: “Inilah pandangan jumhur dan Imam Nawawi menetapkan bahawa perkara ini diputuskan secara ijma’. Dan

Imam Ibn Daqiq al-‘Id berkata: “Perkara ini (iaitu sahnya puasa orang yang berjunub pada malam hari) menjadi ijma’ atau seperti ijma’.” Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (28/63)

Dalam al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie menyebut: “Sekiranya bersetubuh sebelum fajar, maka mengeluark­an (berhenti setubuh) bersamaan dengan waktu terbitnya fajar dan keluar mani, tidak membatalka­n puasanya.” Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/184)

Imam al-Nawawi dalam mensyarahk­an hadis itu dalam Syarh Sahih Muslim menyebut: “Yang afdal adalah melakukan mandi junub sebelum fajar.”

Lihat Syarh Sahih

Muslim (3/165)

Jelas daripada hadis itu, sah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh. Ini pendapat majoriti ulama. Lihat al-Majmu’

Syarh al-Muhazzab (6/307-308)

Berdasarka­n nas, dalil serta padangan ulama, hukum mandi junub selepas terbit fajar adalah harus di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama.

Begitu juga hendaklah diteruskan berpuasa kerana ia sama sekali tidak membatalka­n puasa sepertiman­a dinaskan oleh para ulama dalam kitab mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia