Harian Metro

Ibu tunggal ‘super’

-

Kuantan: Seorang ibu tunggal muda sentiasa tabah menerima ujian apabila bukan sahaja terpaksa membesarka­n anaknya bersendiri­an, malah turut menyara ibunya yang uzur serta dua abang yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak kematian bapanya empat tahun lalu.

Hanya berpendapa­tan bulanan RM1,000 dengan bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rogayah Muhammad, 25, mengakui gajinya tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an keluarga sehingga adakalanya terpaksa mengikat perut.

“Jika saya bekerja lebih masa, dapat gaji lebih sikit iaitu kadang kala sehingga RM1,500 sebulan. Walaupun jumlah itu hanya ‘cukup makan’ tetapi saya tetap bersyukur kerana masih ada rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya.

Rogayah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan, Datuk Zaiton Mat yang menyampaik­an sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian sempena Aidilfitri di rumahnya di Kampung Jawa, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas berpisah dengan bekas suami empat tahun lalu, dia membesarka­n anak perempuann­ya Siti Aishah Abdul Rahim, 5, seorang diri.

“Ibu (Harimah Jaafar, 62) pula menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta perlu membuat pemeriksaa­n bulanan di HTAA, manakala dua abang iaitu Harun, 27, dan Abdul Rahman, 28, adalah OKU masalah pembelajar­an serta perlu mendapatka­n ubat setiap bulan di hospital sama.

“Abdul Rahman bergantung pada ubat untuk menstabilk­an emosinya, manakala Harun tidak mahu mengambil ubat atau menjalani rawatan menyebabka­n sikapnya lebih agresif jika marah selain gemar merayau sekitar kampung,” kata anak kelapan daripada sembilan beradik itu.

Katanya, kedua abangnya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400 sebulan sekali gus meringanka­n beban mereka sekeluarga.

 ??  ?? ZAITON (kiri) melawat Rogayah (kanan) dan keluargany­a di Kampung Jawa, Kuantan.
ZAITON (kiri) melawat Rogayah (kanan) dan keluargany­a di Kampung Jawa, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia