Harian Metro

Raya dengan kawan senasib

-

Melaka: “Jalan cerita setiap orang tidak sama, begitu juga kami yang hanya menumpang berteduh di rumah orang-orang tua. Walaupun tidak berpeluang menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama anak, namun kami bersyukur dapat menyambutn­ya bersama rakan senasib.”

Begitu kata penghuni Rumah Warga Emas Bukit Larang, Telok Mas, di sini, Ibrahim Jusoh, 63, yang cacat penglihata­n apabila tinggal di rumah terbabit bersama isteri, Noriah Husin, 59, sejak lapan tahun lalu.

Ibrahim berkata, dia dan isteri berdepan banyak dugaan demi mencari sesuap nasi, malah pernah beberapa kali ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana meminta sedekah.

“Sebelum menetap di sini, kami terpaksa meminta sedekah dengan isteri menjual tisu di Jalan Hang Tuah kerana itu saja punca pendapatan yang mampu kami lakukan.

“Namun, selepas beberapa kali ditahan JKM, akhirnya kami ditawarkan untuk tinggal di rumah orang tua. Peluang ini memang ditunggu kerana sekurang-kurangnya ada tempat berteduh,” katanya ketika ditemui pada Program Amal Pemberian Baju Raya oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Alai, di Bukit Baru, di sini, kelmarin.

Katanya, setiap kali tiba Ramadan dan Aidilfitri, mereka tiada membuat persiapan kerana hanya akan makan dan pakai apa yang ada selain sumbangan daripada pihak tertentu.

“Di rumah orang tua ini, semuanya diuruskan sendiri termasuk memasak. Dengan bantuan bulanan RM300 daripada JKM, kami membeli keperluan harian. Alhamduill­ah isteri banyak membantu kerana dia boleh melihat, jadi semuanya bergantung kepadanya,” katanya.

Menurutnya, Aidilfitri tahun ini amat berbeza apabila dia dan isteri dapat menggayaka­n persalinan baru.

“Memang bersyukur kepada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan kerana saya dan isteri dapat merasai suasana membeli pakaian raya serta memakainya pada pagi 1 Syawal nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Alai Datuk Akramuddin Abd Aziz berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampu­an untuk turut merasakan suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, ia program tahun buat kali kelima dan ia bukan saja meraikan anak yatim tetapi juga penghuni rumah orang tua.

 ??  ?? NORIAH mengukur baju raya untuk Ibrahim.
NORIAH mengukur baju raya untuk Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia