Harian Metro

4 hari siapkan 1 baju

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Pelajar fesyen pupuk minat menjahit sejak berusia 13 tahun

untuk mendalami bidang ini di menjadi seperti pereka fesyen terkenal yang juga mentor saya iaitu Zakwan Anuar,” katanya yang tinggal di Permatang Pauh, di sini.

Nurul Iwana berkata demikian pada majlis iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 yang menyaksika­n sebahagian daripada 158 penerima membabitka­n Wisma Yatim Lelaki dan Perempuan Islam Pulau Pinang, Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM Pulau Pinang) memperagak­an koleksi pakaian raya, selain menerima sumbangan duit raya serta beg cenderahat­i di Hotel Sunway, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Sunway Carnival Mall Seberang Jaya Chow Heng Wah dan Pengurus Besar Hotel Sunway Seberang Jaya dan Georgetown Prakash Kumaran

Nurul Iwana berkata, dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan sepasang baju dan seramai 20 pelajar daripada GiatMara Bagan terbabit dalam menyiapkan pakaian hari raya untuk warga emas di Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas.

Dia berkata, antara cabaran getir dilaluinya dalam menyiapkan pakaian untuk warga emas itu adalah ketika melakukan ukuran di bahagian leher selain menghadapi masalah mengambil ukuran badan seseorang warga emas yang sudah membongkok.

Menurutnya,

dia

amat gembira dan berpuas hati pakaian raya dijahitnya itu disumbangk­an kepada golongan kurang bernasib baik selain menceriaka­n mereka pada Aidilfitri ini.

Sementara itu, Pengarah iM4U fm Kartini Arifin berkata, iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 adalah inisiatif pihaknya dan mendapat kerjasama daripada Kumpulan Sunway serta mendapat tajaan fabrik dan aksesori daripada PKNS Real Estate Company (PREC).

Beliau berkata, program itu menampilka­n tiga pereka fesyen tempatan seperti Tengku Syahmi, Zakwan Anuar dan Fuzana Mokhtaza yang menjadi mentor kepada pelajar rekaan fesyen dari GiatMara Malaysia dan Kolej Vokasional untuk menyediaka­n koleksi pakaian raya bagi sembilan pusat kebajikan di tiga negeri seperti Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

“Selain menyediaka­n koleksi pakaian raya, Sunway Property dan Sunway Constructi­on turut menjalanka­n kerja baik pulih di sembilan pusat kebajikan terpilih di tiga negeri itu, selain Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia sebagai rakan usahasama Kumpulan Sunway,” katanya.

 ??  ?? STAF hotel dan ahli iM4U bergambar kenangan bersama anak yatim dan warga emas yang hadir pada majlis iM4U FM Fabrik Kasih
Bersama Sunway 2017.
STAF hotel dan ahli iM4U bergambar kenangan bersama anak yatim dan warga emas yang hadir pada majlis iM4U FM Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anak-anak yatim yang hadir memperagak­an baju raya pada majlis iM4U FM Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017.
SEBAHAGIAN anak-anak yatim yang hadir memperagak­an baju raya pada majlis iM4U FM Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017.
 ??  ?? Ketika di rumah nenek di Pendang, Kedah, saya membantu nenek memotong kain dan membuat jahitan tepi pada setiap pakaian ditempah pelanggan”
Ketika di rumah nenek di Pendang, Kedah, saya membantu nenek memotong kain dan membuat jahitan tepi pada setiap pakaian ditempah pelanggan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia