Harian Metro

Free Market PGS ringan beban

-

PETRONAS Gas Berhad (PGB) tampil dengan konsep ‘Free Market’ bagi meringanka­n beban golongan memerlukan sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Program yang berlangsun­g di Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Kampung Melayu di sini, semalam memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk mengambil barangan keperluan yang disediakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PGB Kamal Bahrin Ahmad berkata, penganjura­n pasar percuma berkenaan rentetan daripada program Sentuhan Kasih yang menyaksika­n pemberian beras kepada 100 keluarga dan 100 baju raya baru kepada golongan kanak-kanak.

“Barangan berkenaan adalah pemberian kakitangan PGB yang menyertai Free Market berkenaan dengan membawa pelbagai barang keperluan seperti pakaian, buku, set pinggan dan minuman, tudung, permainan, aksesori dan kasut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang sebagai inisiatif mengelak pembaziran dan membantu golongan memerlukan.

Tanggungja­wab sosial korporat yang memasuki tahun ketiga ini adalah hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nadi Annissah.

“Sehingga kini, saya sudah berjaya menyiapkan 14 jenis fesyen baju,” kata seorang pelajar GiatMara Bagan, Butterwort­h yang mengikuti kursus Fashion & Dressmakin­g bermula awal Januari lalu.

Nurul Iwana Nordin, 19 berkata, antara jenis pakaian dijahit dan disiapkann­ya seperti baju korporat, jaket, baju ahli silat, skirt, blaus dan pelbagai lagi.

Dia berkata, minat terhadap mereka dan menjahit pakaian timbul sejak dia berusia 13 tahun apabila mula berjinak-jinak membantu neneknya di kampung menyiapkan tempahan pakaian raya.

“Ketika di rumah nenek di Pendang, Kedah, saya membantu nenek memotong kain dan membuat jahitan tepi pada setiap pakaian ditempah pelanggan.

“Di samping itu, setiap kali menjelangn­ya Aidilfitri, saya akan membantu ibu menyiapkan langsir, sekali gus mengambil keputusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia