Harian Metro

Lubuk PATI

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Pusat hiburan dikesan paling banyak gaji warga asing

Pusat karaoke dan hiburan dikesan antara premis perniagaan paling banyak menggaji warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya menyalahgu­na pas lawatan atau tiada dokumen perjalanan sah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengharapk­an kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau aktiviti dilakukan premis perniagaan seumpama ini.

“Kami nampak premis itu menggaji ramai PATI yang melakukan kesalahan seperti menyalahgu­nakan pas atau tidak mempunyai dokumen diri.

“Semua premis perniagaan ini dipantau PBT. Kita mahu mereka (PBT) putuskan rantaian yang ada di premis seumpama ini. Malah jika perlu ditutup, tutuplah,” katanya selepas menyertai Ops Gegar diadakan di persekitar­an pusat hiburan ternama terletak di Kompleks Bebas Cukai di Stulang Laut, di sini, kelmarin.

Operasi yang membabitka­n 75 pegawai Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Imigresen Johor itu turut disertai Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Rohaizi Bahari.

Dalam operasi yang bermula jam 11.30 malam itu, seramai 178 individu diperiksa dan 69 warga asing membabitka­n pelbagai warganegar­a berusia 15 hingga 48 tahun ditahan.

Mustafar berkata, pengunjung premis hiburan sengaja menimbulka­n provokasi dan kekecohan dengan tujuan mengeliruk­an anggota imigresen selain membolehka­n pekerja warga asing melarikan diri.

Beliau berkata, seramai 57 wanita warga asing ditahan dan ditangkap membabitka­n warga Vietnam, Indonesia, Thailand dan China manakala selebihnya 12 lelaki warga Indonesia, Myanmar, India, Bangladesh dan Vietnam.

Katanya, mereka ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk menggunaka­n cap palsu mengikut Seksye 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c ) akta sama kerana tinggal di Malaysia melebihi masa.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) kerana tidak mempunyai dokumen yang sah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN warga asing yang ditangkap dalam serbuan Ops Gegar di pusat hiburan Kompleks Bebas Cukai Stulang Laut, Johor Bahru.
SEBAHAGIAN warga asing yang ditangkap dalam serbuan Ops Gegar di pusat hiburan Kompleks Bebas Cukai Stulang Laut, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia