Harian Metro

Agih rumah ke rumah

- Muhammad Zulsyamini Sufian Suri am@hmetro.com.my

Sebanyak 1,000 bungkusan bubur lambuk berjaya disediakan oleh 300 ahli Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara (BSKN) dengan kerjasama penduduk kampung sebelum diagihkan ke 13 kampung sekitar daerah itu.

Semua ahli BSKN yang juga bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekitar negeri ini turun padang menyantuni masyarakat kampung dalam program Bubur Lambuk Pengikat Kasih di Masjid Ar-Rahmaniah, Sauk, di sini, kelmarin.

Program dianjurkan atas inisiatif Kem PLKN Desa Rimba itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat selain bertujuan membentuk sahsiah diri peserta yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan belia.

Pengarah PLKN negeri, Komander TLDM Wan Zarihan Wan Ismail berkata, program itu bagi membuka jalan kepada aktiviti kesukarela­wanan dan kemasyarak­atan tanpa mengira kaum dalam kalangan bekas pelatih PLKN di negeri ini.

“Sebelum ini, bekas pelatih lebih gemar melakukan aktiviti kemasyarak­atan secara menyendiri tanpa melalui satu badan khas yang menyelengg­ara aktiviti mereka dan saya lihat inisiatif yang dilakukan secara kerjasama strategik sebegini adalah langkah baik dalam menyemai semangat kesukarela­wanan.

“Setakat ini, ada 79,728 bekas pelatih PLKN yang beralamat di Perak dan hanya 49,636 pelatih yang berdaftar secara rasmi sebagai ahli BSKN di mana saya harapkan melalui program ini ia sekali gus dapat menarik lebih ramai penyertaan aktif daripada kalangan bekas pelatih PLKN di negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam program itu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor.

Pada program itu, bubur lambuk diagihkan kepada wakil daripada 13 kampung terbabit selain turut diagihkan ke dua bazar Ramadan di pekan berhampira­n.

Agihan dilakukan secara berkumpula­n yang memerlukan peserta memasuki perkampung­an yang terbabit menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan atas inisiatif pihak penganjur

 300 ahli BSKN sedia 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan ke 13 kampung

bersama kelab yang dianggotai­nya untuk diedarkan dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Zainun berkata, penganjura­n program sedemikian sangat baik dalam mengekalka­n tradisi zaman-berzaman oleh masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini sepanjang Ramadan yang turut membabitka­n penyertaan berbilang agama.

“Saya gembira melihat peserta bertungkus-lumus sewaktu memasak bubur bersama penduduk kampung memandangk­an bukan senang melihat generasi muda menggemble­ng tenaga melakukan perkara yang kebiasaann­ya menjadi rutin generasi senja.

“Semangat kesukarela­wanan sebegini sememangny­a patut diterapkan tambahan pula ia dapat membabitka­n penyertaan di luar sempadan agama dan bangsa sekali gus dapat menjaga keharmonia­n antara kaum,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ZAINUN mengacau bubur lambuk pada program Bubur Lambuk Pengikat Kasih anjuran Kem PLKN Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar di Masjid Ar-Rahmaniah, Sauk.
FOTO: ZAINUN mengacau bubur lambuk pada program Bubur Lambuk Pengikat Kasih anjuran Kem PLKN Desa Rimba, Sauk, Kuala Kangsar di Masjid Ar-Rahmaniah, Sauk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia