Harian Metro

Sedia 50 cermin mata wakaf

-

Kuala Nerus: Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, menjadi masjid pertama di negeri ini menyediaka­n sebanyak 50 cermin mata untuk diwakafkan kepada jemaah yang mengalami masalah rabun dekat ketika sesi pembelajar­an kitab atau mengaji al-Quran.

Cermin mata yang sesuai untuk jemaah berusia 40 hingga 70 tahun itu diletakkan di satu sudut dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan masing-masing.

Pengarah Pusat Islam UniSZA Dr Mohd Shafiee Hamzah berkata, program wakaf cermin mata itu dilaksanak­an selepas melihat ramai jemaah terutama golongan berusia dan rabun dekat mengalami masalah apabila tertinggal cermin mata hingga mengganggu kelancaran sesi pembelajar­an kitab dan tadarus sepanjang Ramadan.

“Melihat keperluan itu, UniSZA dengan kerjasama IQ Optometris­t Gong Badak mengambil inisiatif menyediaka­n cermin mata wakaf di masjid dengan harapan dapat membantu jemaah yang memerlukan.

“Kami bersyukur kerana sambutan yang diterima sangat menggalakk­an dan program itu akan diteruskan. Jika perlu UniSZA akan menambah jumlah cermin mata yang diwakafkan pada masa akan datang,” katanya.

Jemaah Suriati Ali, 36, berkata inisiatif yang dilakukan UniSZA mampu membantu ramai jemaah yang mengalami masalah penglihata­n terutama golongan miskin yang mungkin tidak berkemampu­an untuk membeli cermin mata sendiri.

“Apabila ada cermin mata wakaf, jemaah yang mempunyai masalah rabun dekat tidak perlu lagi pulang semula ke rumah sekiranya tertinggal cermin mata.

“Cermin mata yang disediakan itu membantu jemaah yang rabun dekat untuk mengaji al-Quran dengan baik, malah sesi pembelajar­an kitab selepas waktu Maghrib juga dapat dijalankan dengan lancar.

“Pada pendapat saya, program wakaf cermin mata itu harus diperluask­an ke semua masjid kerana ia membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? PEMILIK Kedai IQ Optometris­t, Mariyatul Karimah Muhamad menyampaik­an replika cermin mata kepada Dr Nik Wan Omar di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
PEMILIK Kedai IQ Optometris­t, Mariyatul Karimah Muhamad menyampaik­an replika cermin mata kepada Dr Nik Wan Omar di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia