Harian Metro

353 terima biasiswa RM134j

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

 PETRONAS taja lepasan SPM menerusi PESP walaupun perolehan merosot sejak 2014

Walaupun mengalami kejatuhan perolehan secara mendadak sejak akhir 2014, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) tidak mengabaika­n pelaburan modal insan apabila memperuntu­kkan biasiswa RM134 juta untuk menaja 353 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) tahun ini.

Naib Presiden Kanan (Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan) PETRONAS Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, pihaknya berasa perlu untuk terus menyumbang dalam pembanguna­n pendidikan kepada lepasan SPM untuk membolehka­n syarikat terus berkembang pada masa akan datang. “Kami mempunyai pengalaman kurang enak pada 1980-an iaitu ketika kegawatan ekonomi dunia, dan antara 1997 serta 1998 sewaktu krisis kewangan Asia yang mana perlu menghentik­an pembiayaan untuk biasiswa serta tidak mengambil pekerja baru bagi tempoh empat hingga lima tahun.

“Apabila

syarikat

ingin berkembang, kami dapati sukar kerana tidak membuat pelaburan dalam modal insan. Justeru, kami terus komited untuk menaja lepasan sekolah meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi membolehka­n syarikat terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaia­n Program Pendidikan PETRONAS 2017 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Sidek Hassan serta Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transforma­si Kerajaan negeri A Latiff Awang.

Daripada jumlah keseluruha­n RM134 juta itu, sebanyak RM8.8 juta diperuntuk­kan kepada 54 pelajar dari Terengganu.

Dalam perkembang­an berasingan, Raiha Azni berkata, Program Sekolah Amanah di Terengganu hasil kerjasama antara PETRONAS dan Yayasan Amir serta Kementeria­n Pendidikan yang bermula tahun lalu kini membabitka­n penajaan ke 10 buah sekolah di negeri itu.

“Sebanyak lima daripadany­a membentuk sebuah kluster di Kijal dan lima lagi membentuk sebuah kluster di Marang.

“Program ini adalah usaha PETRONAS untuk memacu transforma­si pembelajar­an holistik dan memfokuska­n kepada kecemerlan­gan semua aspek dalam kalangan pelajar,” katanya.

 ?? SYAFIQ AMBAK ?? AHMAD Razif (tengah) bersama lepasan SPM Terengganu yang menerima biasiswa PESP 2017.
SYAFIQ AMBAK AHMAD Razif (tengah) bersama lepasan SPM Terengganu yang menerima biasiswa PESP 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia