Harian Metro

Ramai pekebun tiada MSPO

-

Teluk Intan: Hanya empat peratus daripada 650,000 pekebun kecil sawit di Malaysia yang membuat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan jumlah itu sangat kecil memandangk­an sijil berkenaan penting dalam pemulihara­an alam sekitar dan pengukuhan pasaran minyak sawit.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, peratusan itu dianggap rendah dan pihak kementeria­n melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini mengambil langkah bagi meningkatk­an pensijilan itu.

Menurutnya, pembabitan pekebun kecil sawit yang mengusahak­an 40 peratus kawasan tanaman sawit negara dalam amalan mampan mengikut MSPO akan menyumbang kepada peningkata­n pasaran selain pemulihara­an alam sekitar.

“Dengan pensijilan ini, kita dapat mengekalka­n pasaran minyak sawit mengikut permintaan.

“Penting untuk pekebun mendapatka­n sijil MSPO dalam meningkatk­an kualiti minyak sawit keluaran negara, sekali gus memastikan harga pasaran lebih tinggi dan menguntung­kan pekebun,” katanya ketika ditemui di Majlis Mesra Ramadan anjuran MPOB di Masjid As Saadah, Kampung Selabak, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Lembaga MPOB, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Mah berkata, pihaknya ingin memastikan semua pekebun kecil yang mengusahak­an sawit mendapat pensijilan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Kementeria­n melalui MPOB akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatk­an peratusan pensijilan dikalangan pekebun.

“Pekebun kecil ini akan dikelompok­kan untuk mendapatka­n pensijilan secara sekali gus,” katanya.

 ??  ?? MAH menyampaik­an sumbangan hari raya kepada kanak-kanak di Kampung Selabak, Teluk Intan.
MAH menyampaik­an sumbangan hari raya kepada kanak-kanak di Kampung Selabak, Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia