Harian Metro

Segerakan bina tembok kekal

-

Pengkalan Hulu: Pembinaan tembok kekal di sempadan Malaysia-Thailand penting dilaksanak­an segera bagi mengekang kegiatan penyeludup­an dan jenayah rentas sempadan di negara ini, termasuk kumpulan Daish lolos keluar dan masuk sempadan negara.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Datuk Mohamad Ismail berkata, pihaknya berharap rundingan antara kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Thailand, baru-baru ini, mencapai hasil positif bagi menyegerak­an pembinaan tembok berkenaan.

“Kami masih menunggu persetujua­n bersama antara dua negara itu mewujudkan segera pagar sempadan yang membabitka­n empat negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

“Saya yakin dengan pembinaan pagar sempadan ini dapat membantu 32 agensi yang bertanggun­gjawab termasuk AKSEM untuk mengekang kegiatan penyeludup­an dan jenayah melalui jalan darat,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama anggota AKSEM Perak di pejabat AKSEM di sini, semalam.

Turut hadir, Komander AKSEM Perak, Asisten Superinten­dan Kasturi Othman.

Mohamad berkata, pembinaan tembok sempadan itu juga diyakini dapat membendung negara daripada ancaman kumpulan Daish termasuk menutup lorong tikus yang dipercayai sering digunakan penjenayah.

Katanya, jenayah membabitka­n sempadan berlaku disebabkan faktor ekonomi dan sosial.

“Kelantan antara empat negeri yang paling berisiko berlaku (penceroboh­an) disebabkan bersempada­n (dekat) dengan Thailand,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (tengah) bersama anggota AKSEM Perak selepas sesi dialog di pejabat AKSEM Pengkalan Hulu.
MOHAMAD (tengah) bersama anggota AKSEM Perak selepas sesi dialog di pejabat AKSEM Pengkalan Hulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia