Harian Metro

Tokan sambut lebaran guna duit dadah

-

Jempol: “Lelaki itu beritahu dia mahu berhenti menjual dadah sebaik mengumpul wang bagi meraikan Aidilfitri. Hasratnya tidak kesampaian selepas dicekup,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superinten­dan Noorzainy Mohd Noor.

Noorzainy berkata, pihaknya menjalanka­n Op Tapis di sebuah rumah di FELDA Palong Tiga, di sini, jam 5.20 petang, kelmarin sebaik menerima maklumat pengedaran dadah.

Katanya, sebaik tiba dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun sedang membungkus dadah dalam garaj berhampira­n kediaman.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota, suspek cuba melarikan diri hingga terjatuh beberapa kali, namun berjaya dicekup.

Seorang suspek berusia 42 tahun memaklumka­n kegiatanny­a itu yang terakhir selepas mengumpul duit raya,” katanya.

Menurut Noorzainy, pemeriksaa­n pada garaj menemui empat ketulan mampat heroin seberat 45.7 gram (g) dan tiga bungkusan plastik mengandung­i heroin seberat 8.2g.

Katanya, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, rekod mendapati suspek adalah rakan baik dan pernah beberapa kali dipenjarak­an atas kesalahan sama namun masih belum insaf.

“Pada serbuan ini, polis menyita sebuah motosikal Honda Dash berharga RM5,500. Kedua-dua suspek adalah penduduk tempatan yang mengedar dadah di tanah rancangan,” katanya.

Beliau berkata, ketika dicekup suspek di bawah pengaruh dadah dan mereka direman tujuh hari bermula kelmarin hingga Jumaat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A (2), Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? DADAH yang dirampas dalam Op Tapis di FELDA Palong Tiga.
DADAH yang dirampas dalam Op Tapis di FELDA Palong Tiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia