Harian Metro

Thailand sita aset dadah Mr T

-

Pihak berkuasa Thailand menyita pelbagai aset bernilai jutaan Baht milik rakyat Malaysia digelar Mr T atau Malaysian

Iceman yang menjadi dalang utama sindiket dadah antarabang­sa.

Menurut sumber, pihak berkuasa bukan saja menyita aset milik Mr T, tetapi juga merampas aset atas nama isterinya warga Thai dan anak lelakinya.

“Aset yang dimiliki Mr T, isteri dan anak lelakinya bernilai jutaan Baht dengan kebanyakan aset terletak di Hatyai dan wilayah lain di selatan Thailand,” katanya.

Pihak berkuasa Thailand mengesyaki Mr T bertindak sebagai orang tengah bagi kegiatan haram itu dan mendalangi penyeludup­an ratusan kilogram dadah ke Malaysia untuk dieksport semula ke negara lain.

Lelaki yang berasal dari Johor itu ditahan di Lapangan Terbang Hatyai April lalu susulan pemantauan ketat dilakukan selepas lawatan ke utara Thailand.

Pihak berkuasa percaya lawatan terbabit untuk berunding mengenai satu lagi konsaimen dadah bagi sindiket antarabang­sa.

Pihak berkuasa Thailand berkata, dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan di Sadao pada Mac tahun lalu bersama 282 kilogram (kg) syabu mendakwa dadah dibawa milik Mr T.

Kedua-dua keldai dadah rakyat Malaysia itu juga mendakwa Mr T mendalangi beberapa percubaan lain bagi penyeludup­an dadah ke Malaysia, masing-masing dalam konsaimen lebih 100kg.

Pihak berkuasa juga merampas beberapa akaun bank tempatan yang dipegang lelaki rakyat Malaysia itu.

Mr T, direman di penjara sementara pihak berkuasa menjalanka­n siasatan mengenai jenayah didakwa dilakukann­ya.

Menurut sumber itu, antara aset atas nama Mr T, isteri dan anaknya yang disita termasuk kereta dan motosikal, deposit dalam bank tempatan, bon loteri, unit kondominiu­m, lot tanah dan surat hak milik.

Beliau tidak memberitah­u dengan tepat jumlah aset yang disita daripada lelaki rakyat Malaysia itu, isteri dan anaknya kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber itu berkata, Mr T menafikan semua dakwaan terhadapny­a tetapi pihak berkuasa yakin mengenai kes berkenaan. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia