Harian Metro

‘Perlu mohon dulu’

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 FAMA Selangor buka peluang peniaga jual harumanis di pasar tani

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Selangor sentiasa membuka permohonan kepada peniaga yang mahu menjual mangga harumanis di mana-mana pasar tani kelolaan pihak berkenaan di negeri ini.

Pengarahny­a Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata, pihaknya sebagai agensi pemasaran produk pertanian sememangny­a memberi kebenaran kepada semua usahawan tani termasuk harumanis membuat permohonan itu.

“Isu pengedaran tidak timbul kerana kita sentiasa membuka ruang kepada peniaga sama ada harumanis, durian atau buah lain.

“Namun, mereka perlu membuat permohonan kerana itu syarat wajib,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Pasar Tani Pra-Syawal peringkat Selangor di sini, semalam.

Isu lambakan mangga harumanis timbul berikutan pengeluara­n yang banyak tahun ini berbanding hanya kurang 1,000 tan pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, kata Abdul Ghariff, pengguna boleh mendapatka­n bahan mentah untuk persediaan menjelang Aidilfitri sehingga hujung minggu ini di 21 Pasar Tani Pra-Syawal di negeri ini.

“Semua pasar tani itu membabitka­n sembilan daerah di Selangor dan harga barangan sentiasa dipantau oleh FAMA dan petugas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK),” katanya.

Justeru, beliau menasihatk­an pengguna tidak panik membuat persediaan menjelang Aidilfitri dan pergi ke pasar tani mengikut kesesuaian.

Pasar tani itu antaranya di Taman Seroja Sepang, Kampung Pandan 2 dan Bandar Tasik Puteri Rawang (Isnin); Bandar Kinrara 5 di Puchong dan Batu 17 Rawang (Selasa); Bandar Banting Baru, Taman Keramat, Taman Seraya di Ampang dan Bandar Tasik Kesuma, Beranang (Rabu).

Pengguna juga boleh mengunjung­i Pasar Tani Pra-Syawal di Taman Perindustr­ian Kinrara, Puchong, Taman Dengkil Jaya di Sepang, Seksyen 17 Petaling Jaya dan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (Khamis), Saujana Putra dan Bandar Bukit Sentosa, Rawang (Jumaat).

Pada Sabtu, enam Pasar Tani Pra-Syawal akan dibuka di Kelana Jaya, Taman Melawati, Taman Sri Andalas di Klang, Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Jenaris di Kajang dan Batu 13, Puchong.

 ??  ?? ABDUL Ghariff (tengah) memberi barangan percuma kepada pengunjung sempena Majlis Pelancaran Pra-Syawal anjuran FAMA di Pasar Tani Pekarangan Stadium Shah Alam.
ABDUL Ghariff (tengah) memberi barangan percuma kepada pengunjung sempena Majlis Pelancaran Pra-Syawal anjuran FAMA di Pasar Tani Pekarangan Stadium Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia