Harian Metro

ELAK EKSPORT PERABOT TERJEJAS

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 MITI bawa isu pemain industri ke Majlis Eksport Negara

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) bakal membawa beberapa isu cabaran perdaganga­n pemain industri pembuat perabot tempatan ke Majlis Eksport Negara bagi meningkatk­an pertumbuha­n eksport industri berkenaan.

Antara isu yang dibangkitk­an ialah mengenai kekurangan tenaga buruh, kekurangan sumber iaitu kayu getah, bakat dan lesen eksport yang dilihat mengekang pertumbuha­n eksport.

Menteri MITI II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Malaysia ketika ini antara sepuluh negara utama dunia yang mengekspor­t produk dalam sektor itu dan cabaran dalam dagangan berkenaan itu boleh mengakibat­kan kedudukan negara terjejas.

Beliau berkata, eksport pembuatan perabot tahun lalu mencatatka­n RM9.53 bilion dan ia meningkat sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya meskipun aktiviti perdaganga­n dunia berdepan dengan cabaran.

“Di peringkat kerajaan, kami akan terus memantau isu berkenaan dan mengambil langkah yang bersesuaia­n bagi memastikan nilai eksport produk perabot negara terus meningkat.

“Dari segi unjuran eksport perabot pada tahun ini, kami jangkakan ia terus berkembang melebihi RM10 bilion berikutan kemampuann­ya meningkat pada kadar lima peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku sama tahun sebelumnya kepada RM2.50 bilion,” katanya pada majlis pelancaran Pameran Jualan Perabot dan Kelengkapa­n Malaysia (MF3), di sini.

MF3 2017 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 16 hingga 18 Jun lalu disertai 100 pempamer dan lebih 300 jenama perabot serta kelengkapa­n ditawarkan kepada pengunjung.

 ??  ?? KEKURANGAN sumber seperti kayu, bakat antara isu dibangkit pemain industri.
KEKURANGAN sumber seperti kayu, bakat antara isu dibangkit pemain industri.
 ??  ?? ONG
ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia