Harian Metro

Kenderaan Citroen kini guna logo DS 5

-

Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar utama kenderaan Citroen di Malaysia melancarka­n model premium DS 5 baru untuk pasaran tempatan, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand berkata, model dengan gaya avant-garde itu tidak lagi menggunaka­n logo Citroen bagi identiti jenama.

“DS 5 adalah model yang menjadi lambang kepada jenama yang kini berdiri sendiri, memberi pilihan dalam segmen pasaran kenderaan premium di negara ini,” katanya.

Antara ciri menarik ialah kerangka gril hadapan berbentuk heksagon dengan logo DS terletak di tengah dan karakter DS Wings dilengkapi lampu hadapan xenon dan sigantur

LED.

Model hatchback lima pintu itu dijana enjin 1.6 liter turbo pancitan terus petrol, mampu menjana kuasa 163 hp pada 6,000 rpm dengan tork 240 Nm dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik.

Menurutnya, ruang

dalamannya menerima sentuhan rekaan aero-angkasa terutama bahagian kokpit diinspiras­ikan daripada kapal terbang termasuk dua konsol tengah dengan punat direka khas termasuk roda stereng

sporty.

Kerusi elektrik hadapan, pengesan parkir hadapan dan belakang, brek parkir elektrik, rim aloi 18 inci dan lampu nyalaan siang antara elemen premium yang dilengkapi untuk DS 5 baru itu.

Ada lima pilihan warna iaitu kelabu Artense, hitam

Perla Nera, biru Encre, putih Pearl dan ungu Wishper.

DS 5 dijual pada harga RM198,888 (atas jalan dengan insurans) dengan lima tahun waranti atau 120,000 kilometer yang mana lebih dulu.

 ??  ?? SAMSON
SAMSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia