Harian Metro

Rangka tindakan NCER sedia 37,000 pekerjaan

-

Rangka tindakan pembanguna­n Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2016-2025 dijangka menyediaka­n lebih 37,000 peluang pekerjaan apabila dua nod pertumbuha­n di Kedah siap kelak.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq berkata, dua projek bagi nod pertumbuha­n yang dikenal pasti di Kedah mengikut rangka itu ialah Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) serta Bandar Getah Kedah (KRC).

Beliau berkata, bagi pembanguna­n KSTP, ia dirancang mengikut dua komponen iaitu Pusat Penyelidik­an Global dan Taman Perindustr­ian Moden.

“Fasa 1A KSTP sudah berjalan dan akan memasuki fasa 1B dalam masa terdekat. Apabila ia siap, KSTP ini dijangka membuka 23,444 peluang pekerjaan dengan impak lonjakan ekonomi sehingga RM72.7 bilion menjelang 2030,” katanya selepas program Kembara Kasih Ramadan 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata, 14,471 peluang pekerjaan di samping pembanguna­n insfrastru­ktur awam bakal dinikmati penduduk Kedah apabila KRC siap kelak.

“Pelaksanaa­n KRC masih di peringkat pemilikan tanah namun apabila ia dilaksanak­an, RM14.7 bilion dijana menerusi produk getah serta teknologi hijau yang dihasilkan,” katanya.

Redza berkata, sepanjang 10 tahun, 80 projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

“Menjelang 2025, dengan pelaburan kumulatif RM146.5 bilion, kita percaya projek ini akan mengubah landskap ekonomi penduduk membabitka­n teknologi, penyelidik­an dan inovasi,” katanya.

 ??  ?? REDZA
REDZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia