Harian Metro

Gedung pertama

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Landmark rancang buka lima cawangan Max di Malaysia

Landmark Group, peruncit terkemuka antarabang­sa berpangkal­an di Dubai membuka cawangan pertama gedung pakaiannya, Max yang terletak di pusat beli-belah IOI City Mall.

Pengarah Kumpulan Landmark Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Max, Ramanathan Hariharan berkata, pihaknya memilih Malaysia berikutan infrastruk­tur sedia ada di sini selain pasaran pengguna yang semakin berkembang.

“Malaysia mempunyai pasaran pengguna paling pesat berkembang di rantau ini dengan kemudahan serta landskap perniagaan yang menarik perhatian kami untuk beroperasi di sini.

“Negara ini juga memiliki banyak kemudahan pusat beli-belah bertaraf antarabang­sa selain golongan muda yang begitu dekat dengan perkembang­an fesyen terkini dan lebih menghargai rekaan pada harga mampu milik,” katanya selepas melancarka­n gedung pertama Max, di sini.

Hadir sama, selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya.

Gedung baru itu seluas 13,000 kaki persegi dan akan menempatka­n fesyen lelaki, wanita, kanak-kanak selain kasut, beg tangan, aksesori dan pakaian dalam.

Ramanathan berkata, Landmark Group akan menjadikan Malaysia sebagai pemangkin pengembang­an operasi syarikat itu di Asia Tenggara dengan rancangan untuk membuka lebih banyak gedung di negara ini dalam tempoh terdekat.

“Sebagai permulaan, kami merancang membuka empat atau lima lagi gedung di Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang yang mana lokasinya adalah sekitar Lembah Klang.

“Selepas itu, kami akan meneliti lokasi lain di seluruh negara selain meninjau pasaran di sekitar Asia Tenggara,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pihaknya juga akan memperkena­lkan sistem pembelian melalui portal dalam tempoh setahun bagi memenuhi trend membeli-belah secara dalam talian dalam kalangan pengguna Malaysia.

“Kami sedar mengenai trend pembelian dalam talian ini namun memerlukan sedikit masa untuk menawarkan­nya melalui sistem berkenaan.

“Tumpuan kami adalah meningkatk­an jenama Max dalam kalangan pengguna tempatan,” katanya. Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumka­n pengguna rangkaian Internet Berkelajua­n Tingginya, UniFi mencecah sejuta orang yang juga menjadi pencapaian terpenting kumpulan dalam mencapai status Peneraju Konvergens Negara.

Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar berkata, sudah sekian lama UniFi berkembang secara konsisten dan kini, mencapai kejayaan mengagumka­n dengan mencatatka­n sejuta pelanggan.

“Kami bersyukur kerana memperoleh pencapaian ini dalam bulan yang mulia ini dan ia tidak dapat dicapai tanpa kerja keras dan dedikasi seluruh warga TM,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, TM akan menyumbang sejumlah

RM1 juta kepada 100 organisasi bukan kerajaan

(NGO) terpilih seluruh negara yang menjalanka­n pelbagai bentuk program kebajikan atas nama Keajaiban Sejuta.

“Kami juga ingin mempelawa semua pelanggan UniFi untuk melayari laman web, www.tm.com. my/miraclemil­lion dan hantarkan nama mereka untuk menyertai inisiatif penuh bermakna ini.

“Malah, pelanggan UniFi yang kesejuta akan diberi penghargaa­n untuk memilih 10 daripada senarai NGO berkenaan dan kami akan sumbangkan RM10,000 kepada setiap NGO itu atas nama beliau,” katanya.

Menurutnya, bagi menzahirka­n penghargaa­n ke atas kesetiaan dan sokongan semua pelanggan UniFi, pihaknya akan membuka semua saluran HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere dari 19 Jun sehingga 18 Julai 2017.

 ??  ?? DARI kiri, Ramanathan, Scha, Naib Presiden Landmark Group, Renuka Jagtiani dan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Berhad, Lee Yeow Seng pada pelancaran Max Fashion di pusat beli-belah IOI City Mall.
DARI kiri, Ramanathan, Scha, Naib Presiden Landmark Group, Renuka Jagtiani dan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Berhad, Lee Yeow Seng pada pelancaran Max Fashion di pusat beli-belah IOI City Mall.
 ??  ?? IMRI
IMRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia