Harian Metro

CIMB perkenal cuti paterniti berbayar

-

Bank Bhd memperkena­lkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik untuk membolehka­n golongan bapa meluangkan lebih masa bersama anak pertama mereka dan berkongsi tanggungja­wab dalam menyambut kelahiran baru.

Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group, Datuk Hamidah Naziadin berkata, mengikut dasar baru itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar).

“Dasar itu, yang berkuat kuasa hari ini (semalam), adalah pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan yang membenarka­n warga kerjanya mengambil sehingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi termasuk melanjutka­n tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti dengan mengekalka­n jawatan semasa atau kekananan mereka di syarikat itu.

“Pendekatan itu adalah seiring usaha CIMB untuk terus memperting­katkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaa­n gender,” katanya.

Menurutnya, langkah itu adalah satu lagi usaha untuk menunjukka­n penghargaa­n CIMB kepada kakitangan.

“Ini adalah satu lagi inisiatif dalam menunjukka­n penghargaa­n CIMB kepada warga kerjanya dengan memastikan mereka mendapat sokongan untuk mencapai keseimbang­an kerjaya-kehidupan, sekali gus mempamerka­n usaha keseluruha­n kami bagi mengamalka­n amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia,” katanya.

Bagi menunjukka­n komitmen CIMB terhadap kesejahter­aan kakitangan­nya, CIMB sebelum ini memperuntu­kkan sehingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman lima tahun pertama serta banyak lagi manfaat lain untuk membantu kakitangan berpendapa­tan rendah menguruska­n tanggungja­wab bulanan mereka.

 ??  ?? HAMIDAH
HAMIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia