Harian Metro

Maybank, Sage tingkat kerjasama

-

Maybank, bank terbesar Malaysia dari segi aset, meningkatk­an kerjasama dengan syarikat perisian berpangkal­an di United Kingdom, Sage dengan pengenalan Penyelesai­an Sage One bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini memacu pertumbuha­n dan berjaya dalam pasaran yang mencabar dan kompetitif.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, kerjasama itu membolehka­n Maybank menawarkan pemilik perniagaan di Malaysia dengan penyelesai­an yang diperlukan untuk berjaya, semuanya di bawah satu bumbung.

“Ia meningkatk­an kecekapan proses pembayaran perniagaan dan memacu perubahan dalam prosedur pembayaran, seiring dengan pelan induk

Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, di bawah kerjasama yang dipertingk­at itu, yang menyaksika­n Maybank menyertai Program Rakan Kongsi Sage, bank itu akan menawarkan PKS akses kepada Sage One, alat perakaunan berasaskan awan yang patuh Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Pelanggan PKS boleh mengakses akaun dalam talian melalui telefon pintar atau peranti mudah alih di semua tempat dan setiap masa, seperti mana mereka mengakses e-mel atau perbankan Internet mereka,” katanya.

Hamirullah berkata, dengan perakaunan awan berasaskan langganan itu, pelanggan tidak perlu membeli perisian perakaunan yang mahal, bimbang mengenai pemasangan perisian, kemas kini dan latihan, mengurus keselamata­n data dan kehilangan data serta bersedia untuk pemulihan bencana, dengan itu memberi lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada perniagaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia