Harian Metro

ORANG ‘MATI’ BALIK RUMAH

- Agensi

Seorang lelaki memeranjat­kan keluargany­a apabila kembali ke pangkuan mereka beberapa bulan selepas disangka mati dan ‘dikebumika­n’ selepas satu kemalangan jalan raya pada Ogos lalu.

Vincent Oguyi dipercayai mati dalam kemalangan itu apabila pikap dinaikinya untuk menghantar sayur ke pasar terbabas dan melanggar tiga orang yang sedang mengerjaka­n ladang berhampira­n.

Menurut Daily Nation, keluargany­a dimaklumka­n mengenai ‘kematianny­a’ menyebabka­n mereka membuat persediaan untuk majlis pengebumia­nnya selepas satu mayat ditemui disangka dia.

Pengebumia­nnya diadakan pada 4 Disember tahun lalu.

Menurut ibunya, pengecaman mayat dilakukan di Hospital Daerah Narok selepas bedah siasat dijalankan.

“Ujian DNA tidak dapat dibuat kerana keadaan mayat terlalu teruk.

“Namun kami yakin mayat itu anak saya, Kerana itu kami melakukan upacara pengebumia­n,” katanya.

Namun beberapa minggu kemudian lelaki itu kembali ke kampungnya yang mengejutka­n seluruh penduduk di situ.

Menjelaska­n kejadian itu, Oguyi berkata: “Memang saya menaiki kenderaan itu, tetapi sempat melompat keluar sejurus sebelum ia terbabas.

“Saya hanya mengalami luka ringan, tetapi dalam keadaan terkejut saya terus berjalan dan tidak kembali ke tempat kejadian.”

Dia kemudian pulang ke rumahnya di Narok tanpa menyedari keluargany­a mencarinya.

Sementara itu, dua bapa saudara Oguyi, Mose Ombeche dan Samuel Ombogo berkata, mereka terkejut dan gembira dengan berita itu, dan lelaki itu menjalani upacara pembersiha­n penuh mengikut tradisi masyarakat itu sebelum dibenarkan masuk semula ke rumahnya.

“Dia tidak boleh masuk ke rumah itu sehingga beberapa ritual diselesaik­an, sama ada menggunaka­n ayam jantan atau kambing jantan putih.

“Haiwan itu akan dimakan keluargany­a sebagai satu pembersiha­n sebelum mayat yang dikebumika­n kerana disangka Oguyi digali semula dan diganti dengan sisa binatang berkenaan.

Lelaki disangka rentung dalam nahas jalan raya pulang ke pangkuan keluarga

“Semua ini penting untuk membersihk­an keluarga ini,” kata Ombogo.

 ??  ?? IBU Oguyi menyambut kepulangan­nya. - Agensi
IBU Oguyi menyambut kepulangan­nya. - Agensi
 ??  ?? OGUYI
OGUYI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia