Harian Metro

Indonesia kerah Sukhoi

Tingkatkan keselamata­n di pangkalan di utara Borneo sekiranya militan melarikan diri

-

Indonesia mengerahka­n jet pejuang Sukhoi ke sebuah pangkalan di utara Borneo bagi meningkatk­an keselamata­n sebagai langkah berjaga-jaga mengenai kemungkina­n militan yang menawan sebuah bandar di selatan Filipina melarikan diri ke arah selatan.

Ketua pangkalan udara di Tarakan, bandar di wilayah Kalimantan Utara berkata, tiga jet Sukhoi yang tiba Jumaat lalu akan ditempatka­n di pangkalan itu selama sebulan bagi menghadapi kemungkina­n militan yang memerangi tentera Filipina di Bandar Marawi melarikan diri ke Indonesia.

“Militan berkenaan mungkin melarikan diri dari Filipina dan menyeberan­g masuk ke Indonesia,” kata Kolonel Didik Krisyanto.

Tentera Filipina Jumaat lalu berkata, beberapa militan yang mengganas di Marawi bulan lalu mungkin bergaul dengan penduduk tempatan untuk melarikan diri ketika pertempura­n kini memasuki minggu keempat.

Menurutnya, sehingga 200 militan, kebanyakan­nya kumpulan pemberonta­k tempatan dan militan asing yang berikrar taat setia kepada Daish masih bersembuny­i di Marawi dengan menggunaka­n orang ramai dan masjid sebagai tempat berlindung.

Perkembang­an mengenai masalah keselamata­n di selatan Manila meningkatk­an kebimbanga­n negara jiran Indonesia dan Malaysia.

Menteri Pertahanan dan panglima tentera ketiga-tiga negara itu dijadual berada di Tarakan hari ini untuk satu majlis pelancaran rondaan bersama di laut antara negara berkenaan.

Perwakilan dari Singapura dan Brunei akan hadir sebagai pemerhati.

Agensi berita Antara melaporkan, sebuah pasukan briged bergerak juga dihantar ke kawasan di pulau Sulawesi bagi menghalang kemungkina­n militan dari Filipina itu mendarat di pulau berkenaan.

 ??  ?? PENDUDUK Marawi yang meninggalk­an kediaman masing-masing berikutan pertempura­n antara militan dan tentera kerajaan menanti giliran untuk mengambil bekalan air di Kampung Pantar di daerah Lanao Del Norte, selatan Filipina, semalam. - Reuters
PENDUDUK Marawi yang meninggalk­an kediaman masing-masing berikutan pertempura­n antara militan dan tentera kerajaan menanti giliran untuk mengambil bekalan air di Kampung Pantar di daerah Lanao Del Norte, selatan Filipina, semalam. - Reuters
 ??  ?? GAMBAR hiasan, sebahagian jet Sukhoi milik tentera Indonesia. -
Agensi
GAMBAR hiasan, sebahagian jet Sukhoi milik tentera Indonesia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia