Harian Metro

RM285,000 untuk 10 hari terakhir Ramadan di hotel di Makkah

-

Makkah/Madinah: Harga untuk menetap selama 10 hari terakhir Ramadan di kamar hotel dengan pemandanga­n Masjidilha­ram dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000).

Bagi kamar lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500). Kamar itu bagaimanap­un tidak mempunyai pemandanga­n Masjidilha­ram walaupun ia berhampira­n masjid itu.

Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.

Sementara itu, pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftark­an diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).

Tiga kawasan dikhususka­n untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita.

Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapa­n teknikal, katanya.

Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir. - Agensi

(Perancis): Seorang matador terkenal Sepanyol, Ivan Fandino mati di hospital selepas dia dirodok lembu dalam satu perlawanan di barat daya Perancis, kelmarin.

Matador berusia 36 tahun itu jatuh di gelanggang selepas kakinya terperangk­ap pada kain merah yang digunakan untuk mengacah lembu lalu dirodok oleh lembu itu hingga tanduknya menembusi paru-paru Fandino.

Matador dari Basque itu menyertai persembaha­n sempena festival laga lembu di Aire-sur-l’Adour bersama rakan matador Juan Del Alamo dan Thomas Dufau.

Pihak berkuasa hospital enggan mengulas tetapi sumber perubatan bebas memberitah­u, Fandino mengalami dua serangan jantung ketika di dalam ambulans dan mati tidak lama kemudian di hospital di bandar Mont-de-Marsan.

Kali terakhir seorang matador mati ketika membuat persembaha­n sebelum ini ialah pada Julai 2016 apabila matador Sepanyol Victor Barrio, 29, dirodok di dada dalam acara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Berasal dari Ordonu, berhampira­n bandar Bilbao di utara Sepanyol, Fandino terkenal kerana keberanian­nya dan tidak pernah menolak untuk melawan lembu yang ditolak oleh matador lain.

Pada 2012, dia membunuh enam lembu yang ditandingk­an oleh enam penternak berbeza.

Dia yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan dikatakan sudah berlawan dengan ratusan lembu sepanjang pembabitan­nya dalam sukan kontrovers­i itu.

Dalam satu kenyataann­ya mengenai kejadian itu, Humane Society Internatio­nal berkata: “Kematian matador itu adalah satu tragedi. Tetapi bagi 1,000 lembu yang dibunuh dengan kejam dalam acara laga lembu di Perancis setiap tahun, ia juga adalah tragedi.” - Agensi

 ??  ?? PEMANDANGA­N Masjidilha­ram dari sebuah hotel di pekarangan­nya.
PEMANDANGA­N Masjidilha­ram dari sebuah hotel di pekarangan­nya.
 ??  ?? GAMBAR atas menunjukka­n Fandino dirodok oleh lembu yang dilawannya sementara gambar bawah menunjukka­n matador itu terpelanti­ng selepas di tanduk lembu berkenaan. - Agensi
GAMBAR atas menunjukka­n Fandino dirodok oleh lembu yang dilawannya sementara gambar bawah menunjukka­n matador itu terpelanti­ng selepas di tanduk lembu berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia