Harian Metro

62 mati terbakar

- Agensi

Kebakaran hutan di tengah Portugal menyebabka­n sekurang-kurangnya 62 orang terbunuh, kebanyakan­nya rentung di dalam kereta masing-masing.

Kejadian itu juga menyebabka­n puluhan orang cedera, kata kerajaan semalam.

Hampir 600 bomba dengan 160 kenderaan dikerah lewat kelmarin untuk memadamkan kebakaran itu yang berlaku beberapa jam sebelum itu di daerah Pedrogao Grande, kira-kira 50 kilometer dari Coimbra sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain.

“Ini kebakaran hutan paling teruk pernah kita lihat sejak beberapa tahun kebelakang­an. Jumlah kematian munkin meningkat. Keutamaan sekarang ialah menyelamat­kan mereka yang masih berdepan dengan bahaya,” kata Perdana Menteri, Antonio Costa.

Cuaca begitu panas di negara itu kelmarin dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Kira-kira 60 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara itu pada sebelah malam dengan kira-kira 1,700 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan­nya.

Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Jorge Gomes berkata, 62 orang mati terbakar, kebanyakan­nya selepas terperangk­ap dalam kereta

Kebakaran hutan dianggap paling buruk di Portugal

mereka yang terbakar di wilayah Leiria. Sekurang-kurangnya 59 lagi cedera.

“Kebakaran merebak dengan cepat dan ‘ganas’. Sukar untuk menentukan sama ada mangsa cuba melarikan diri dari kebakaran atau mereka terperangk­ap secara mengejut,” katanya.

Costa berkata, petir musim kering mungkin menjadi punca kebakaran itu.

Beberapa kampung turut terjejas akibat kebakaran utama itu dan usaha memindahka­n penduduk sudahpun dilakukan, menurut perdana menteri itu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba yang kepenatan berehat di sebelah kereta bomba mereka ketika operasi memadamkan kebakaran hutan di Penela, Coimbra di tengah Portugal, semalam. - AFP
ANGGOTA bomba yang kepenatan berehat di sebelah kereta bomba mereka ketika operasi memadamkan kebakaran hutan di Penela, Coimbra di tengah Portugal, semalam. - AFP
 ??  ?? SEORANG anggota polis berdiri berhampira­n mayat seorang mangsa kebakaran. - Reuters
SEORANG anggota polis berdiri berhampira­n mayat seorang mangsa kebakaran. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia