Harian Metro

Fasa terakhir untuk tawan kota lama Mosul

-

Tentera Iraq mula menyerang kota lama Mosul yang dikuasai Daish dalam apa yang diharapkan sebagai operasi terakhir dalam kempen lapan bulan untuk menjatuhka­n kumpulan militan berkenaan di kubu kuat mereka.

Daerah bersejarah itu masih dikuasai militan berkenaan di bandar yang sebelum ini diisytihar­kan sebagai ‘ibu negeri’ mereka di Iraq.

Bandar itu dipenuhi lorong sempit yang berselirat dan sering melihat pertempura­n berlaku dari rumah ke rumah.

Kira-kira 100,000 orang awam yang masih terperangk­ap di bandar itu dalam keadaan teruk dengan bekalan makanan, air dan perubatan terlalu terhad selain sukar mendapat akses ke hospital, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jawatankua­sa Penyelamat Antarabang­sa (IRC) dalam satu kenyataan berkata: “Keadaan ini amat mengerikan untuk kira-kira 100,000 orang yang masih terperangk­ap di Kota Lama Mosul dan kini berisiko turut menjadi mangsa pertempura­n.”

Sementara itu, komander unit elit Perkhidmat­an Antikegana­san, Leftenan Jeneral Abdul Ghani al-Assadi berkata: “Ini babak terakhir (pertempura­n menawan Mosul).”

Pakatan tentera antarabang­sa diketuai Amrika Syarikat (AS) turut memberi bantuan dengan melancarka­n serangan udara dan darat dalam kempen itu.

Beberapa serangan udara semalam menyasarka­n kompleks perubatan di utara kota lama, di tebing barat Sungai Tigris, lapor wartawan Reuters TV. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia