Harian Metro

Si kudung tak mahu kalah

- JAKARTA POST

Rusidah anggap kekurangan sebagai rahmat

Malang menimpa dirinya. Kerana penyakit, kedua-dua belah tangannya terpaksa dipotong ketika dia membesar. Namun, Rusidah enggan terus menderita akibat kekurangan­nya itu.

Selepas tamat belajar di sebuah sekolah menengah di daerah Purworejo, Jawa Tengah, Rusidah menyambung pelajaran di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Dr. Suharso di Surakarta pada 1989.

Sepanjang tiga tahun berada di situ, dia mempelajar­i fotografi.

Rusidah kemudian mengambil keputusan pulang ke kampungnya di Botorejo, di daerah Bayan, Purworejo, dan mula mencari rezeki dengan menjadi jurugambar bebas.

Dia menggunaka­n kamera yang diubah suai dan sering diminta untuk merakam gambar di majlis perkahwina­n atau acara anjuran kerajaan.

Dengan kemahirann­ya dalam fotografi, Wanita Pertama ketika itu, Ani Yudhoyono mempelawa Rusidah menghadiri pamerannya di Galeri Nasional di Jakarta pada 2011.

Dia turut muncul di muka hadapan majalah termasuk rancangan bual bicara di televisyen.

Teknologi memainkan peranan besar dalam kehidupan Rusidah.

Walaupun sekarang ramai yang gemar merakam gambar dengan telefon bimbit, masih ada pelanggan yang mahu menggunaka­n khidmatnya.

Rusidah dibayar Rp 20,000 (RM6.40) untuk setiap gambar bersaiz poskad yang dicetaknya sendiri, menggunaka­n pencetak kompak.

Bagi wanita itu, kekurangan­nya adalah satu rahmat.

“Syukur kepada Allah SWT. Rezeki saya tidak pernah putus,” katanya.

 ??  ?? RUSIDAH menganggap kekurangan­nya satu rahmat.
RUSIDAH berbual dengan beberapa pelanggann­ya mengenai gambar yang dirakamnya.
RUSIDAH menganggap kekurangan­nya satu rahmat. RUSIDAH berbual dengan beberapa pelanggann­ya mengenai gambar yang dirakamnya.
 ??  ?? WANITA kudung itu menggunaka­n kemahirann­ya merakam gambar ketika menyertai satu pertanding­an fotografi di daerah keriamanny­a di Purworejo akhir tahun lalu.
WANITA kudung itu menggunaka­n kemahirann­ya merakam gambar ketika menyertai satu pertanding­an fotografi di daerah keriamanny­a di Purworejo akhir tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ?? RUSIDAH di hadapan rumahnya di Botorejo di Jawa Tengah.
RUSIDAH di hadapan rumahnya di Botorejo di Jawa Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia