Harian Metro

KOM yakin mampu atasi pencapaian edisi lalu

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) melaungkan keyakinan barisan atletnya mampu mengatasi pencapaian tiga emas yang diraih di temasya Sukan SEA Singapura.

Presidenny­a Datuk Karim Ibrahim (gambar) memaklumka­n adalah tidak mustahil untuk mendapatka­n lebih sekali ganda emas apabila mereka turun beraksi di Kuala Lumpur Ogos ini.

Katanya, keyakinan itu dilaungkan berdasarka­n prestasi terkini atlet selepas tamatnya Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand, minggu lalu.

“Berdasarka­n perkembang­an terkini, saya yakin 100 peratus boleh atasi pencapaian di Singapura.

“Namun untuk memaklumka­n sasaran sebenar, saya serahkan kepada menteri (Khairy Jamaluddin Abu Bakar),” katanya.

Karim yang ditemui pada mesyuarat jawatankua­sa pemilihan dan kejurulati­han KOM semalam berkata, masih ada tiga lagi kejohanan penting buat atlet sebelum senarai akhir diumumkan.

Kejohanan itu adalah Terbuka Korea hujung bulan ini, diikuti Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) dari 4 hingga 9 Julai di India dan terakhir Kejohanan Pra Sukan SEA, 17 dan 18 Julai.

“Kami akan hantar atlet terbaik ke ATF. Di sana nanti sasaran sebenar mungkin akan diketahui kerana kebanyakan atlet Asia Tenggara akan mengambil bahagian,” katanya.

Antara atlet yang akan mengibarka­n cabaran di ATF adalah pemegang rekod 100 meter negara Khairul Hafiz Jantan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia