Harian Metro

‘Ini sebenarnya yang susah’

- BERNAMA

 Misbun khuatir bekas pemain badminton jadi jurulatih kebangsaan diperlekeh anak buah sendiri

Bekas pemain kebangsaan yang dipilih menjadi jurulatih kebangsaan perlu diberi pendedahan di peringkat lebih rendah bagi memantapka­n pengalaman dan kemahiran, kata ketua jurulatih perseorang­an badminton negara Datuk Misbun Sidek.

Beliau berkata, mereka perlu diberi pendedahan seperti murid di sekolah sukan sebelum berkhidmat dengan skuad kebangsaan kerana pengalaman lalu akan memberi impak besar terhadap apa yang akan mereka berikan kepada pemain negara.

“Kalau bekas atlet kebangsaan ini tiba-tiba ada di atas (menjadi jurulatih), mereka nak kawal atlet kebangsaan ini untuk sesuatu teknik, nanti pemain itu akan rasa, beliau (jurulatih) pun tak pernah menang... ini sebenarnya yang susah,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai bekas perseorang­an badminton negara Muhammad Hafiz Hashim

dijangka menyertai barisan kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelang September ini.

Terdahulu, beliau berbuka puasa bersama anak yatim piatu anjuran Gifted Community dan Komuniti I Love Manjung (KILM) di Syarikat Setia Awan Holdings Sdn Bhd di sini semalam.

Misbun adalah duta bagi projek baru syarikat perumahan itu di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), yang mana sebuah dewan diberi nama Dewan Badminton Datuk Dr Hj Misbun Sidek akan didirikan di bandar itu sebagai pusat bagi melahirkan pemain badminton muda.

Mengulas mengenai kekalahan pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei pada pusingan kedua Terbuka Indonesia, Jumaat lalu, Misbun berkata, beliau melihat kekalahan itu dari sudut positif dan tidak akan mengganggu misi untuk memenangi Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos depan.

“Chong Wei sebenarnya tidak tahu dia adalah sasaran utama dan mereka (pemain lain) tahu kelemahan dan corak permainan dia, jadi dia perlu sedar mengenai perkara itu. Mungkin dia juga keliru dengan corak permainan dia dengan jurulatih sebelum ini,” katanya.

Sehingga kini, Misbun menjangkak­an usaha melahirkan pemain badminton kebangsaan setanding Chong Wei akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun lagi berikutan tiada pelapis negara mampu menandingi pemain berumur 34 tahun itu.

“Ini terjadi kepada semua negara. Contohnya Indonesia masih gagal mencari pengganti Taufik Hidayat, Thailand juga gagal mencari pengganti Boonsak Ponsana, manakala Denmark setidak-tidaknya Peter Gade digantikan Victor Axelsen.”

 ??  ??
 ??  ?? MISBUN (tengah) bersama ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Setia Awan Holdings, Datuk Jimmy Doh meraikan anak yatim dan tahfiz di majlis berbuka puasa.
MISBUN (tengah) bersama ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Setia Awan Holdings, Datuk Jimmy Doh meraikan anak yatim dan tahfiz di majlis berbuka puasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia