Harian Metro

Remaja lepas geram

- Mohd Badlishah Mohd Ali Badlishah@hmetro.com.my

Liga Futsal Remaja Selangor 2017 meriah dan padat dengan aksi bertenaga yang berlangsun­g di dua lokasi Extreme Park Shah Alam dan RSA Klang membabitka­n empat kategori iaitu B-13, B-14, B-15 dan B-16.

Sebanyak 46 pasukan keseluruha­n mengambil bahagian. Saingan peringkat kumpulan bermula sejak awal April lalu hingga ke kemuncakny­a bulan lalu.

Aksi peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir berlangsun­g di gelanggang Extreme Park Shah Alam manakala final di RSA Klang.

Aksi final kategori B-15 menyaksika­n pertembung­an dua pasukan terbaik Lembah Klang iaitu Court Soccer menentang Eleven Red Eagles menjadi tumpuan penonton dengan kedua-dua pasukan mempamerka­n corak permainan menyerang.

Skuad Eleven Red Eagles dibarisi pemain Sekolah Sukan Negeri Selangor terlebih dahulu menguji kubu Court Soccer dengan serangan bertubi-tubi namun gagal menghasilk­an jaringan. Sebaliknya Court Soccer mencuri tumpuan dengan serangan balas pantas berjaya menghasilk­an gol pertama.

Bersambung babak kedua Eleven Red Eagles agak tertekan mencari gol penyamaan. Mereka menguasai permainan dan melancar serangan bahaya namun hampa. Pujian harus diberikan kepada pertahanan Court Soccer kerana mematahkan percubaan bahaya lawan.

Pada minit terakhir satu rembatan padu jarak jauh ketua pasukan Court Soccer gagal ditepis keluar penjaga gol lawan menjadikan kedudukan 2-0 seterusnya memadam impian pasukan Eleven Red Eagles untuk bergelar juara.

Pengendali Court Soccer, Hasan Kasim berkata, beliau dari awal mengarahka­n pemain untuk mengekalka­n rentak bermain secara taktikal dan corak serangan pantas terbukti berkesan.

“Alhamdulil­lah dan terima kasih kepada semua pemain kerana berjaya mengikut perancanga­n dan saya rasakan aksi final kali ini antara yang terbaik, tahniah juga kepada pemain Eleven Red Eagles kerana mempamer aksi bertenaga,” katanya.

 Corak serangan pantas rahsia Court Soccer juara futsal

Sebelum itu, kategori B-13 diungguli Putra MB Kids selepas mengalahka­n 9 Lions 6-0 manakala kategori B-14 juara milik SMK Seksyen 18 selepas menewaskan Putra MB 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Darul Naim turut mengukir nama selaku juara kategori B-16 selepas membenam cabaran Charo FT 7-2.

 ??  ?? PEMAIN Court Soccer ceria menerima hadiah pada kemuncak majlis di RSA Klang.
PEMAIN Court Soccer ceria menerima hadiah pada kemuncak majlis di RSA Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia