Harian Metro

Angelique bergelut kekal momentum

-

Birmingham, England: Peluang Angelique Kerber (gambar) untuk terus mendahului ranking dunia mungkin bergantung kepada kualiti permainann­ya pada kejohanan gelanggang rumput WTA Birmingham bermula hari ini.

Ia juga menjadi penentu sama ada Angelique mampu mencabar gelaran Wimbledon yang akan berlangsun­g dua minggu lagi, apabila membuat peralihan daripada gelanggang tanah liat kepada rumput dalam kejohanan perdana bernilai AS$800,000 (RM3.42 juta).

Peluang masih belum memihak pemain Jerman kelahiran Poland berusia 29 tahun itu biarpun mendahului ranking sejak September lalu.

Dia masih belum menjulang sebarang gelaran tahun ini dan tiada satu pun daripada 21 kemenangan dalam 11 kejohanan membabitka­n lawan daripada pemain 20 ranking teratas dunia.

Tidak dinafikan Angelique lebih hebat di gelanggang rumput berbanding tanah liat dan menjuarai gelaran pertama di gelanggang Birmingham dua tahun lalu. Dia mara ke final Wimbledon tahun lalu.

Satu lagi aksi sempurna di Kelab Edgbaston Priory yang menyajikan suasana tenang akan memberikan keyakinan buatnya dalam kempennya di sana.

Biarpun Angelique sering berkata mempertaha­nkan ranking dan menangani tekanan isu yang sering cuba dilupakan namun tidak syak lagi sudah tiba masa untuk mencatat beberapa kemenangan dan menikmati per- mainan lebih lama di sini.

“Saya tidak sabar menanti aksi gelanggang rumput. Saya benar-benar suka bermain di sini,” kata Angelique. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia