Harian Metro

Enggan angkat kaki

- Reuters

 Hazard menyatakan selesa berada di Stamford Bridge

Pemain sayap Eden Hazard cuba menafikan spekulasi mahu meninggalk­an Stamford Bridge dengan menjelaska­n betapa dia selesa bersama ‘keluarga’ Chelsea.

Bintang Belgium itu menjaringk­an 17 gol dan membantu lima jaringan bagi mengemudi kejayaan Chelsea menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dan mara ke final Piala FA musim lalu.

Laporan media mengaitkan perancang utama itu yang menyertai Chelsea sejak 2012 dengan perpindaha­n lumayan ke skuad juara Sepanyol Real Madrid namun Hazard berkata, dia selesa berada di Stamford Bridge.

“Saya sukakan kelab ini kerana ia bagaikan satu keluarga,”

(gambar)

kata Hazard.

“Saya mempunyai ramai rakan dan kami saling berbual antara satu sama lain. Saya berada di sini sejak lima tahun lalu dan gembira beraksi di kelab hebat seperti ini.”

Kehebatan Hazard membolehka­nnya menjulang gelaran Pemain Tahunan Chelsea untuk kali ketiga sepanjang lima tahun di kelab itu memandangk­an mereka hanya tewas lima perlawanan untuk meraih kejuaraan dan Hazard berharap lebih banyak kejayaan mampu dikecapi musim depan.

“Saya harap dapat mengulangi kejayaan tahun depan, kami muncul juara liga dan saya menjadi pemain terbaik tahunan,” kata Hazard.

“Tentu sekali kami mahu menjuarai liga, anugerah ini hanya satu bonus.”

 ??  ?? PEMAIN Chelsea meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris, musim lalu.
PEMAIN Chelsea meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris, musim lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia