Harian Metro

RUSSIA LANGKAH KANAN

- AFP

Saint Petersburg, Russia

 Gol Smolov pastikan tuan rumah raih tiga mata penuh pada aksi pembukaan

Tuan rumah Piala Konfederas­i, Russia bermula cemerlang kelmarin apabila gol Fedor Smolov pada babak kedua membantu kemenangan 2-0 ke atas New Zealand di Saint Petersburg pada perlawanan pembukaan.

Russia mendahului pada babak pertama aksi Kumpulan A dengan jaringan ke gawang sendiri oleh pertahanan New Zealand Michael Boxall dan Smolov – penjaring terbanyak liga Russia musim lalu memastikan kemenangan pada minit ke-69.

Ia permulaan ideal buat Russia dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Krestovsky yang baru dengan presiden negara itu Vladimir Putin dan Presiden FIFA Gianni Infantino masing-masing memberi ucapan sebelum sepak mula.

Kejohanan itu memberi ruang kepada Russia untuk membuktika­n kesediaann­ya menganjurk­an Piala Dunia 2018 biarpun wujud kebimbanga­n mengenai samseng bola sepak dan keselamata­n.

Namun ia juga peluang buat jurulatih Stanislav Cherchesov dan pasukannya membuktika­n apa yang mampu dilakukan mereka di padang, biarpun bakal berdepan ujian lebih getir dalam dua perlawanan berikutnya berbanding New Zealand.

“Saya sukakan pasukan New Zealand tapi kami bernasib baik dapat menghalang kehebatan mereka dan menunjukka­n kekuatan dan itulah kunci kemenangan kami malam ini,” kata Cherchesov.

Percubaan Smolov terdahulu dibatalkan kerana ofsaid sebelum gol pembukaan hadir selepas setengah jam.

Alexander Yerokhin memulakan serangan dengan memintas bola 30 ela daripada gawang dan hantaranny­a dibantu Poloz singgah di kaki Denis Glushakov.

Pemain tengah Spartak Moscow itu cuba melambungk­an bola melepasi penjaga gol Stefan Marinovic dan percubaann­ya terkena palang sebelum Boxall, salah seorang da- ripada dua pertahanan yang terdesak cuba mengeluark­an bola sebaliknya tertolak bola melepasi garisan gol.

“Saya fikir saya yang menjaringk­an gol pembukaan tapi tidak kisah siapa yang mendapat pujian,” kata Glushakov. “Apa yang penting kami mendahului perlawanan.

“Kami mampu bermain lebih baik berbanding apa yang kami tunjukkan hari ini dan melakukan pelbagai kesilapan. Ini bermakna masih banyak tugas yang perlu dilaksanak­an.”

Russia menggandak­an jaringan ketika perlawanan berbaki 20 minit apabila Smolov mengumpan kepada Alexander Samedov di bahagian kanan sebelum berlari di kawasan yang tidak dikawal untuk menyempurn­akan hantaran rakan sepasukann­ya.

“Jelas sekali dalam perlawanan pertama kejohanan ini, kami mahukan keputusan lebih baik daripada ini,” kata pengurus New Zealand Anthony Hudson.

“Kami kecewa tapi pasukan mempamerka­n semangat tinggi.”

 ??  ?? PEMAIN New Zealand Marcos Rojas (kanan) mengekang pergerakan pemain Russia Aleksandr Golovin. STADIUM St Petersburg sudah sedia jadi venue Piala Dunia 2018.
PEMAIN New Zealand Marcos Rojas (kanan) mengekang pergerakan pemain Russia Aleksandr Golovin. STADIUM St Petersburg sudah sedia jadi venue Piala Dunia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia