Harian Metro

Padang sesuai aksi antarabang­sa

-

St Petersburg, Russia: Russia meluahkan rasa lega selepas pasukan bola sepaknya memenangi aksi pembukaan Piala Konfederas­i dan negara itu membuktika­n padang yang dikatakan bermasalah untuk Piala Dunia sesuai untuk perlawanan antarabang­sa.

Russia dengan yakin menewaskan New Zealand 2-0 di stadium St Petersburg di depan 50,251 penyokong termasuk Presiden Russia Vladimir Putin dan Presiden FIFA Gianni Infantino, masing-masing memberi ucapan sebelum sepak mula.

Putin mengalu-alukan kehadiran peminat untuk menyaksika­n festival bola sepak hebat dan berterima kasih kepada Infantino dan FIFA atas kepercayaa­n yang diberikan terhadap Russia.

“Kesediaan pemimpin negara ke perlawanan ini dalam kata lain satu perkembang­n positif tapi juga menunjukka­n rasa lebih bertanggun­gjawab,” kata pengurus Russia Stanislav Cherchesov, yang pasukannya akan berdepan Portugal awal pagi Khamis kepada media.

“Kami berjaya menangani cabaran ini,” kata Cherchesov.

Biarpun Russia berdepan tekanan hebat untuk beraksi cemerlang di laman sendiri selepas jatuh ke ranking ke-63 dunia, yang terendah buat mereka dalam ranking dunia FIFA bulan ini, negara itu terus diperhatik­an berhubung isu padang sebelum kejohanan selama dua minggu itu.

Stadium St Petersburg yang mampu memuatkan 68,000 penonton akan menjadi venue utama Piala Dunia 2018 dan laman kelab gergasi Russia Zenit, namun pembinaan yang dijalankan selama sedekad dicemari dakwaan rasuah dan penangguha­n pembinaan sering membuat mereka berasa lebih kecewa.

Padang baru perlu dibuat secara tergesa-gesa sebelum sepak mula apabila rumput di padang itu mudah tercabut menjejaska­n perlawanan pertama di venue baru yang dirasmikan April lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia