Harian Metro

Buang masa layan kritikan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

“Ini bukan masanya untuk saya menjawab segala kritikan, ini masa untuk saya bekerja,” kata jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada

(gambar).

Pengendali dari Portugal itu menerima kritikan pelbagai pihak susulan kekalahan anak buahnya 1-2 di tangan Lubnan dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin pada 13 Jun lalu.

Ia perlawanan pertama Vingada, 64, sejak dilantik Mei lalu namun jangkaan tinggi peminat yang mengharapk­an kebangkita­n skuad kebangsaan mendorong keputusan dan permainan longlai pada babak kedua sukar diterima.

Bagi jurulatih berpengala­man yang digelar ‘The Professor’ itu, beliau menghormat­i segala pandangan semua pihak namun adalah lebih baik beliau menumpukan sepenuhnya kepada tugasnya membentuk pasukan lebih mantap bagi menghadapi perlawanan kedua menentang Hong Kong di laman sendiri pada 5 September depan.

“Sekarang masa untuk saya bekerja, saya hanya memberi komen selepas perlawanan. Saya menghormat­i setiap pandangan yang diberikan tapi setiap kali komen diberikan dan saya perlu jawab, itu hanya membuang masa saya.

“Sememangny­a saya tidak gembira dengan keputusan itu (menentang Lubnan) jadi saya akan membuat perancanga­n untuk pasukan dan saya akan mengadakan perbincang­an bersama FAM mengenai latihan pusat seterusnya Ogos ini,” kata Vingada kepada Arena Metro.

Reputasi dan pengalaman luas Vingada termasuk membimbing Arab Saudi muncul juara Piala Asia 1996 menjadi taruhan FAM untuk menjadikan

Harimau Malaya kembali disegani.

 Vingada fokus bentuk pasukan lebih mantap berdepan cabaran Hong Kong

Bagaimanap­un dengan barisan pemain muka sama diturunkan dalam aksi menentang Lubnan tempoh hari mencetuska­n persoalan mengenai sejauh mana perubahan yang boleh dilakukan oleh jurulatih baru itu.

Vingada berkata, beliau kini mempunyai masa untuk membuat pemilihan pemain berbanding ketika menentang Lubnan.

“Liga Malaysia akan kembali bermula pada Julai ini jadi saya boleh melihat perlawanan dan memantau prestasi pemain, ini lebih penting bagi saya,” jelasnya.

Malaysia kini menghuni tangga terakhir Kumpulan B tanpa sebarang mata selepas kalah perlawanan pertama manakala Lubnan yang sudah beraksi dua perlawanan memimpin kedudukan di tangga teratas menerusi enam mata disusuli Korea Utara dan Hong Kong berkongsi satu

mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia