Harian Metro

Mahu bincang

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Soto tuntut penjelasan PKNS mahu kepastian hala tujunya

Gonzalo Soto akan menemui pihak pengurusan PKNS FC untuk membincang­kan masa depannya bersama kelab itu selepas digugurkan baru-baru ini kerana kecederaan.

Soto yang kembali ke Malaysia dua hari lalu selepas lebih sebulan menjalani rawatan di negaranya Argentina berkata, perbincang­an itu kelak penting demi menentukan hala tuju kariernya.

“Saya tidak tahu bagaimana kedudukan saya sekarang namun secara undang-undang saya tetap pemain PKNS walaupun sudah digugurkan kerana masih mempunyai kontrak dengan mereka.

“Mereka perlu memberi jalan penyelesai­an terbaik untuk saya selepas menggantik­an saya dengan pemain lain. Mereka mengetahui saya bermain sepanjang musim dalam keadaan cedera semata-mata untuk membantu kelab, sekarang mereka pula perlu membantu saya.

“Saya akan menemui pihak pengurusan secepat mungkin untuk membincang­kan perkara ini. Saya berharap kami dapat mencari jalan penyelesai­an terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Walaupun mengakui kecewa digugurkan namun Soto akur dengan keputusan kelab itu menggantik­annya dengan pemain Gambia Abdou Jammeh.

“Perkara seperti ini memang lumrah dalam bola sepak dan saya perlu menerimany­a. Sudah tentu saya agak sedih kerana tidak dapat bermain lagi untuk PKNS kerana sudah bekerja keras sepanjang bersama mereka.

“Begitupun saya faham situasi dihadapi PKNS sekarang kerana mereka perlu mendapatka­n keputusan lebih baik pada pusingan kedua untuk kekal dalam Liga Super.

“Saya sudah berusaha untuk pulih dengan menjalani rawatan pakar di Argentina tapi ternyata memerlukan sedikit masa lagi untuk cergas sepenuhnya.

“Dalam situasi sekarang, jika diberi pilihan, saya mahu pulang ke Argentina untuk meneruskan rawatan di sana. Tapi masalahnya saya masih ada kontrak bersama PKNS, adakah mereka membenarka­n saya pulang, itulah yang akan kami bincangkan,” ujar Soto. Bruno Suzuki dan Jonathan Behe.

Dalam tiga lagi aksi persahabat­an sebelum ini, skuad Hoben Jang Hoben mengatasi PKNS FC 4-0 namun tewas kepada FELCRA FC (0-1) dan Melaka United (2-3).

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin mengakui berpuas hati dengan komitmen pemain dalam aksi itu.

Menurutnya, selain menguji kehebatan Behe di bahagian serangan, perlawanan itu juga memberi peluang buat pengurusan pasukan dan jurulatih mengenal pasti sebarang kelemahan.

“Kami dapat mencuba pelbagai formasi dan gandingan antara pemain serta corak serangan, menjelang saingan liga yang akan bersambung pada 30 Jun ini.”

 ??  ?? SOTO (kiri) mahukan penjelasan selepas digugurkan oleh PKNS, baru-baru ini.
SOTO (kiri) mahukan penjelasan selepas digugurkan oleh PKNS, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia