Harian Metro

Shee Keong anggap tindakanny­a tepat

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pemain baru skuad T-Team, Ooi Shee Keong menyatakan keputusan meninggalk­an bekas pasukan MISC-MIFA satu keputusan tepat bagi melebarkan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak profesiona­l.

“Sebelum ini saya hanya beraksi dalam saingan Piala FAM dan Liga Perdana tapi dengan mewakili pasukan The Titans akan menambahka­n lagi pengalaman selain mahu mengembang­kan lagi bakat,” ujar Shee Keong, 26.

Dia berkata, beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia adalah peluang terbaik yang tidak boleh dilepaskan

(gambar)

hingga dia sanggup melepaskan lilitan kapten MISC-MIFA sebelum ini.

“Saya berjanji akan memberi komitmen 100 peratus kepada T-Team dan akan bersungguh-sungguh untuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama pasukan biarpun bakal berdepan dengan saingan sengit rakan sepasukan.

“Pengalaman beraksi dengan Mamu (Fauzi Abdul Kadar) yang dulunya bekas penyerang MISC-MIFA mungkin memudahkan saya untuk menyesuaik­an diri dengan pasukan baru ini,” kata pemain kelahiran Kulim, Kedah itu.

Sementara itu seorang lagi pemain baru The Titans, Syed Sobri Syed Mohamad dari Melaka United, turut begitu teruja kerana terpilih untuk menjadi ahli keluarga baru skuad Tibang T-Team Tibang itu.

“Ini peluang terbaik buat saya membuktika­n kemampuan beraksi dengan T-Team meskipun sedar bukan mudah untuk disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

“Namun saya nekad untuk membuktika­n kemampuan selain ingin membuktika­n pemilihan saya bersama pasukan itu adalah keputusan tepat,” kata pemain kelahiran Kemaman, Terengganu itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia