Harian Metro

Kembalikan keyakinan peminat

- DARI MUKA 1

Apabila difikir semula memang ada kebenarann­ya. Pendek kata ia menjadi satu kewajipan.

“Apa yang penting juga, Erra menasihati saya supaya kali ini perlu serius. Saya perlu mengembali­kan semula keyakinan peminat dan masyarakat,” katanya.

Selain sibuk menghadiri jemputan majlis berbuka puasa dan menjayakan sesi fotografi, Shahir kini terbabit dalam penggambar­an drama berjudul My Darling Inspektor Daniel terbitan Skop Production Sdn Bhd yang turut menampilka­n Erra.

“Saya baru saja mendapat tawaran ini. Kalau diikutkan agak lama juga saya tak berlakon. InsyaAllah saya cuba buat yang terbaik. Saya menerima tawaran ini kerana yakin boleh lakukannya.

“Pada masa sama saya juga menerima undangan menyanyi pada majlis berbuka puasa. Disebabkan mula sibuk dengan kerjaya seni saya mengambil keputusan menetap di Kuala Lumpur. Ia bagi memudahkan dan melancarka­n lagi perjalanan seni saya,” katanya.

Shahir berkata, buat masa sekarang dia menguruska­n kerjaya seninya sendiri selepas tamat kontrak dengan Astro dua tahun lalu.

SEMUANYA KERANA SALAH FAHAM

Keputusan Shahir untuk kembali aktif dalam bidang seni turut menimbulka­n cakap-cakap yang mempersoal­kan keputusann­ya itu selepas dia didakwa tidak muncul dalam beberapa persembaha­n yang sudah dipersetuj­ui lebih awal.

Perkara itu sekali gus mencemarka­n reputasi Shahir sehingga dia digelar artis bermasalah. Lebih teruk banyak penganjur berfikir dua kali untuk menawarkan­nya persembaha­n.

“Saya tak pasti jika ada pihak yang masih memberikan persepsi sebegitu, tetapi ingin dijelaskan semua yang berlaku itu adalah salah faham. Bukan apa, dulu banyak pihak atau penganjur yang memperguna­kan nama dan gambar saya untuk kepentinga­n mereka.

“Tanpa sebarang persetujua­n mereka mengatakan saya terbabit pada acara mereka. Jadi apabila saya tak muncul, orang beranggapa­n saya sengaja menghilang­kan diri, sedangkan mereka tak tahu perkara sebenar.

“Kalau nak tahu, sepanjang tidak aktif dalam industri muzik, saya memang menolak tawaran yang diberikan. Ketika itu saya memang nekad untuk berada di kampung dan berehat bagi memberi fokus kepada pekerjaan lain,” katanya.

Namun, Shahir bersyukur apabila kehadiran semulanya dalam industri muzik mendapat maklum balas positif.

Shahir turut terharu apabila masih mendapat kepercayaa­n peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seninya sejak awal.

Dalam perkembang­an lain, Shahir bakal muncul dengan single terbaru ciptaannya sendiri yang sudah disimpan lama.

Shahir berkata, lagu itu berkaitan semua wanita bergelar ibu dan bukan mengenai kisah cintanya bersama Erra. -Sudirman Mohd Tahir

Shahir kini terbabit dalam penggambar­an drama My Darling Inspektor Daniel, turut tampilkan Erra

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia