Harian Metro

Hargai detik bersama

- M ichelle G un m ich ellegu n@ h m etro.com .m y

Iklan raya TNB

dapat lebih 397,000 tontonan

di YouTube selepas seminggu

dilancar

Ik lan Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2017 yang mengisahka­n gadis bernama Aida melalui dilema memenuhi permintaan keluarga di kampung dalam menyambut Syawal menerima komen positif netizen.

Dalam tempoh hampir seminggu dilancarka­n, klip video iklan berkenaan sudah mendapat lebih 397,000 tontonan di YouTube. Malah, klip video itu turut dikongsi semula netizen di media sosial lain.

Ramai netizen memuji kreativiti suntingan dan jalan cerita yang dikatakan mengetenga­hkan kelainan berbanding iklan Aidilfitri lain.

Selain itu, TNB turut menghasilk­an siri video digital #DugaanRaya dan Kuih Raya Aida yang memaparkan cara membuat kuih untuk penonton.

Kempen Aidilfitri TNB selama tiga minggu itu dilengkapk­an dengan lagu tema dan video muzik Ceria di Hari Raya nyanyian Asmidar.

Lagu itu diberikan sentuhan berbeza dengan lirik baru daripada Suasana Hari Raya dendangan Allahyarha­m Datuk Sharifah Aini.

Ketika ditemui pada pelancaran Iklan Aidilfitri TNB 2017, Asmidar berkata, rakaman menyanyi untuk iklan berbeza dari menghasilk­an lagu biasa.

“Ini kali pertama saya nyanyi lagu untuk iklan. Rakam lagu untuk iklan seperti membuat teater kerana ada jalan penceritaa­n,” katanya.

Walaupun iklan itu hanya dua minit, penyanyi Bila Cinta Ada ini memberitah­u rakaman Ceria di Hari Raya mengambil masa sejam untuk disiapkan.

“Saya sudah biasa menyanyi lagu balada yang sedih dan untuk lagu tema ini pula, saya perlu menyanyi dengan ceria.

“Namun begitu, peluang menyanyi lagu tema Aidilfitri TNB pengalaman bagus. Komposer juga banyak membantu saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, syarikat utiliti negara itu mahu menerapkan mesej kekeluarga­an menerusi iklan Aidilfitri tahun ini.

“Aidilfitri waktu terbaik untuk mengukuhka­n ikatan kekeluarga­an dan sahabat handai.

“Iklan itu memberitah­u penonton dalam apa jua keadaan, kita perlu menghargai setiap detik bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, dugaan dihadapi Aida dalam iklan berkenaan mencermink­an situasi dihadapi ramai penduduk tanah air menjelang musim perayaan.

“Ini termasuk menyediaka­n pakaian baru, membuat kuih serta menyiapkan tugasan di pejabat ketika Ramadan,” katanya.

Orang ramai digalakkan berkongsi bakat membuat kuih ciptaan sendiri atau menggunaka­n resipi Aida di media sosial dengan bersertaka­n hashtag #DugaanRaya dan #TNBRaya201­7.

Iklan Aidilfitri TNB 2017 dan siri video #DugaanRaya boleh disaksikan di YouTube menerusi akaun TENAGAoffi­cial.

 ??  ?? ASMIDAR dapat pengalaman menarik.
ASMIDAR dapat pengalaman menarik.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam
iklan Aidilfitri TNB.
ANTARA babak dalam iklan Aidilfitri TNB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia