Harian Metro

Rai 300 artis veteran

- Ridzuan Abdul Rahman

Turut terima sumbangan

bersama anak yatim, pelajar tahfiz dalam majlis berbuka

puasa

Jasa dan sumbangan penggiat seni veteran terhadap negara dan masyarakat sememangny­a tidak dapat dinafikan.

Ada di antara mereka menyumbang bakti menyampaik­an dasar kerajaan kepada rakyat ketika sebelum bermula era televisyen lagi.

Mereka diibaratka­n lilin yang sanggup membakar diri menerangi persekitar­an kerana tidak semuanya kekal sihat dan hidup mewah pada penghujung usia.

Oleh itu, tidak hairanlah mereka sering diraikan dan diberi sedikit imbuhan oleh pihak tertentu terutama pada Ramadan ini.

Langkah ini turut diambil Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad apabila menganjurk­an majlis berbuka puasa dan memberikan sumbangan terhadap 300 artis veteran, anak yatim dan pelajar tahfiz di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Dahlan Zainuddin dan isteri, Datin Effa Rizan, Azmil Mustapha, Hail Amir, Uji Rashid, Mek Habsah, Zainal Rampa, Amran Tompel, Mak Jah, Jamaludin Mat dan Harun Hashim.

Pengarah Urusan dan pengasasny­a, Datuk Ibrahim Yahaya menjalin kerjasama dengan ketua kumpulan Ukays, Azmi Hassan atau Amy bagi merealisas­ikan impian ini.

Ibrahim berkata, pihaknya begitu komited untuk membantu artis veteran yang kurang upaya, sakit, ditimpa musibah dan sebagainya selain turut membantu pusat pengajian tahfiz serta rumah anak yatim.

“Awal tahun ini, kami sudah membangun dan melancarka­n Program Guarana Bersama Rakyat bertujuan membantu kerajaan menangani masalah peningkata­n kos sara hidup rakyat sekali gus menambah pendapatan serta meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

“Saya kini dalam perancanga­n menubuhkan sebuah yayasan iaitu Yayasan Ladang Guarana Rakyat Malaysia yang 20 peratus hasil daripada keuntungan pendapatan bagi satu ekar ladang kami akan disalurkan kepada yayasan ini,” katanya.

Menurutnya, hasil inilah yang akan diagih-agihkan sebahagian­nya kepada artis veteran yang kurang berkemampu­an, sekolah tahfiz dan anak yatim.

“Pada masa sama, kami mempunyai Ritz Airline Sdn Bhd dan sebagai langkah pertama, kami akan menaja artis veteran kurang berkemampu­an yang tak pernah menunaikan ibadah umrah pada awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Amy yang juga pemain keyboard Ukays berkata, dia mula terbabit sebagai ahli lembaga pengarah dan pemegang saham dalam

Ritz Guarana Plantation Holding sejak empat bulan lalu. “Sebagai artis, saya tergerak hati membantu meringanka­n beban golongan miskin dan kurang upaya menerusi program dianjurkan.

“Ini adalah projek pertama kami untuk membantu artis. Hanya mereka yang betul-betul memerlukan akan dibantu. Bantuan ini akan diberikan setiap tahun,” katanya.

Menurut Amy, tanaman Guarana akan membuahkan hasil setiap enam bulan dan kutipan daripada jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung yayasan.

“Saya dan Datuk (Ibrahim) sentiasa berbincang untuk mengenal pasti penerima bantuan yang benar-benar layak.

“Kami faham ramai artis yang memerlukan bantuan, tapi kami hanya boleh membantu dalam kadar yang terhad,” katanya.

Dalam pada itu, mereka juga akan mengadakan majlis khas bersama rakyat yang akan diadakan di Pulau Pinang pada Aidilfitri ini.

“Orang ramai dijemput hadir ke tapak pesta Pulau Pinang bersempena rumah terbuka Aidilfitri pada 16 Julai depan.

“Kami bukan saja membuat persembaha­n bersama artis tapi pada masa sama ingin membantu rakyat mengalami transforma­si ekonomi baru,” katanya.

 ??  ?? AMY menyelami derita artis yang kurang berkemampu­an.
AZMIL PELAWAK Jamaludin Mat atau lebih dikenali sebagai Abang Jem.
HARUN
AMY menyelami derita artis yang kurang berkemampu­an. AZMIL PELAWAK Jamaludin Mat atau lebih dikenali sebagai Abang Jem. HARUN
 ?? FOTO: ?? IBRAHIM menyampaik­an sumbangan kepada artis dan anak yatim yang hadir. ANTARA artis veteran yang hadir pada majlis ini.
FOTO: IBRAHIM menyampaik­an sumbangan kepada artis dan anak yatim yang hadir. ANTARA artis veteran yang hadir pada majlis ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia