Harian Metro

Aksi mesra dengan ‘anak angkat’

-

Dari segi luaran personalit­i pelakon lelaki ini memang maskulin. Apatah lagi dia pernah menyertai pertanding­an pencarian lelaki anjuran sebuah majalah.

Di sebalik gaya dan tubuh sasa dimiliki, siapa sangka pelakon lelaki ini mempunyai naluri songsang dengan meminati kaum sejenis.

Bezanya pelakon lelaki ini lebih meminati remaja sekolah. Bunyinya agak menjijikka­n tetapi itulah kebenarann­ya.

Menurut rakan SS, pelakon lelaki ini sudah berani beraksi mesra dengan remaja itu di khalayak. Dia secara terang-terangan mencium remaja itu.

Cara pelakon itu menunjukka­n kasih sayang sebegitu jauh berbeza daripada orang lain. Bukan apa, lagaknya seperti orang sedang bercinta dan berahi.

Apabila ditanya, pelakon lelaki itu menyatakan remaja itu adalah anak angkatnya. Malah turut memaklumka­n dia memang suka membela anak angkat dalam lingkungan usia begitu.

Terkejut beruk rakan SS dibuatnya kerana apa dilakukan pelakon itu sangat mustahi. Bukan apa, pada usia pelakon itu yang belum mencecah 30 tahun, dia membela ramai anak angkat.

Rakan SS berkata, jika pelakon itu membela anak angkat yang masih kecil baru dianggap logik akal. Ini tidak, dia ‘bela’ remaja sekolah yang sudah baligh dan pasti sudah mempunyai nafsu serta keinginan sendiri.

SS: Kenapa suka sangat mendedahka­n aib sendiri?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia