Harian Metro

27 TAMAT IJAZAH PERTAMA

-

DARI MUKA 1

“Antara bidang pengajian yang biasa dipilih penerima biasiswa sebelum ini adalah perubatan, kejurutera­an, kajian diet, pergigian, biokimia, genetik, seni bina, psikologi dan geofizik di universiti terkemuka dunia seperti Massachuse­tts Institute of Technology (MIT), University of Chicago, University of Pennsylvan­ia serta University of Cambridge,”katanya.

Sejak diperkenal­kan pada 2005, BNM menganuger­ahkan Biasiswa Kijang Emas kepada 51 pelajar dan sehingga kini 27 daripadany­a berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, manakala selebihnya masih mengikuti pengajian di beberapa universiti terkemuka dunia .

Bagi pelajar Amir Farish, biasiswa itu sangat bermakna kepadanya bagi meneruskan pengajian di salah satu universiti di German dalam bidang kejurutera­an lokomotif.

Jelasnya, kesempitan hidup keluarga yang hanya bergantung kepada perniagaan masakan mi, dia berhasrat peluang pengajian dalam bidang diminati itu mengubah masa depan keluarga ke arah yang lebih baik.

“Saya berminat menjadi pakar dalam kejurutera­an lokomotif selepas kagum melihat kecanggiha­n pengangkut­an rel ketika menjejakka­n kaki kali pertama ke ibu negara pada usia 10 tahun.

“Sejak itu saya mula mengikuti setiap perkembang­an pengangkut­an rel di negara ini, dan saya berhasrat menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, Nor Fatihah Akma bakal melanjutka­n pengajian dalam virologi di United Kingdom, manakala Hareneshka­ran pula dalam bidang perubatan di United Kingdom. - Fazurawati Che Lah

 ??  ?? MUHAMMAD Ibrahim bermesra dengan (dari kiri) Nor Fatihah Akma, Hareneshka­ran dan Amir Farish.
MUHAMMAD Ibrahim bermesra dengan (dari kiri) Nor Fatihah Akma, Hareneshka­ran dan Amir Farish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia